Assalamualaikum & Salam sayang
Korang
mesti tau kan kos sara hidup sekarang semakin meningkat.. dan rata2 antara kita
mengeluh bila gaji sekitar RM1000-1200 sebulan tak cukup untuk menampung kos
sara hidup untuk sebulan. Siapa yang terasa macam tu, sila angkat tangan..
hehe.. Nadia pun salah satu antaranya.
So, Nadia
berpendapat untuk mengatasi masalah “kos sara hidup” yang kian meningkat ni
kita perlu melakukan lebih dari satu kerja jika inginkan keselesaan dalam
kehidupan kita. Tapi tak semua orang mampu buat dua kerja dalam satu masa kan…?
Kalau ada antara korang yang tercari-cari kerja simple yang tak memerlukan
tenaga dan hanya bekerja secara sambilan dari rumah atau pejabat macam Nadia
buat sekarang korang boleh KLIK SINI.
Jikalau ada
diantara kita yang tak mampu bekerja lebih dari dari satu pekerjaan dan tak
mahu membuat kerja lebih masa, korang boleh la try tips yang Nadia kongsi ni
dan amalkan. Insya-Allah kewangan korang akan stabil tapi ia tak menjaminkan
kemewahan tau. Cuma kebebasan kewangan atau “money freedom” sahaja yang kita
rasakan.
Strategi pengurusan kewangan yang berjaya
Mengetahui arus keluar-masuk
pendapatan dan perbelanjaan
Korang boleh
menyimpan semua resit dan mencatat perbelanjaan dan pendapatan bulanan korang di
atas sekeping kertas atau buku nota, tetapi ia lebih mudah dan percuma jika
menggunakan program seperti Microsoft excel. Buat bahagian untuk semua
perbelanjaan korang suka seperti hiburan, makanan, pakaian, utiliti, dan
pembayaran gadai janji atau hutang. Membuat bahagian yang lain untuk semua
pendapatan isi rumah anda kecuali pendapatan daripada pelaburan / simpanan.
Jangan berbelanja lebih daripada
pendapatan
Jika korang
menghabiskan lebih dari yang korang dapat maka secara drastic korang perlu
mengubah cara hidup korang. Jika ia berlarutan, korang telah menempah diri
korang untuk masuk ke lembah hutang piutang dan secara perlahan dapat buat
korang jatuh muflis walaupun kita bukan jenis berharta berjuta-juta yea.. (^_^)
.
Bajet perbelanjaan anda
Tetapkan
matlamat utama : Bajetkan untuk membelanjakan hanya 80% daripada pendapatan
bulanan korang. Satu lagi 20% perlu dimasukkan terus ke dalam pelan simpanan /
pelaburan. Selepas gadai janji atau hutang korang telah dibayar, korang perlu pastikan 70%
masih berbaki untuk perbelanjaan dapipada pendapatan korang.
Jangan gunakan kad kredit untuk
barang-barang mahal
Ini adalah
satu tabiat buruk, tabiat ini akan menjebakkan diri anda ke dalam lembah
menambah hutang yang sedia ada jika anda tidak boleh membayar balik kredit. Produk
yang lebih baik mungkin akan dikeluarkan beberapa bulan ke depan dan anda masih
akan membayar hutang untuk produk versi yang lebih tua daripada produk terkini.
Pilihan yang terbaik untuk mengelakkan penggunaan kad kredit berlebihan, korang
perlu menambah kategori lain dalam ruang perbelanjaan dan menabung bagi
mendapatkan produk tertentu @ kehendak korang.
Hidup dgn sederhana untuk masa yang
terhad..?
Korang
terpaksa hidup sedikit berjimat jika anda inginkan keselesaan. Tetapi tidak bermakna
berjimat selama-lamanya jika korang bebas dari segi kewangan. Cara yang bebas
dari segi kewangan korang perlukan pendapatan yang cukup untuk menyokong gaya
hidup korang inginkan, walaupun tanpa mempunyai pekerjaan tetap. So, salah satu
penyelesaiannya korang kena buat bisnes samada secara sambilan atau sepuh masa
hanya korang yang boleh tetapkan.
Melabur dengan bijak
Jangan
membabi buta melabur dalam apa sahaja rakan dan keluarga cadangkan. Jangan senang
lenang percayakan broker saham atau sebarang pelaburan yang korang sendiri tak
tau asal punca pelaburan dan aliran duit pelaburan korang. Pastikan korang
selidik serba sedikit tentang rancangan pelaburan korang dengan banyakkan bertanya
tentang pelaburan yang bakal korang melabur sehingga korang betul-betul faham.
Pengurusan kewangan bukanlah satu prinsip yang rumit, ia tidak sukar untuk memahami dan amalkan.
Kemungkinan dengan melakukan perkara-perkara di atas akan dapat membantu meningkatkan
pengurusan kewangan korang dan membantu memberi keselesaan dan kebebasan
kewangan kepada korang.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment