5 Snek Terbaik Di Pejabat
Assalamualaikum & Salam Sayang..
Jam menunjukkan pukul 1++ tengahari ni.. masa ni mungkin masa rehat di tempat kerja korang kan..? mesti korang melepak makan tengahari di pantry, kantin atau restoran yang menjadi pilihan korang dan kawan sepejabat. Menu tengahari pun pelbagai ler.. hilang diet seimbang kan..? hehehe..
Lunch time ni Nadia nak share sikit info makanan "terbaik" untuk korang yang nak kekalkan diet seimbang atau korang kudap-kudap masa "melepak" depan PC korang kat ofis tu. Nadia terbaca perkongsian terbaik ni dalam Majalah Rapi. Nadia decide nak sharing dalam blog Nadia supaya pembaca dan pengikut Nadia tau serba sikit. Dunia internet kan global,kekadang kita tak perasan semua ni.
Lepas ni,korang boleh la try simpan snek simple ni bebanyak dalam drawer masing-masing yea. Pakat selim melim pulak lepas ni. Takde dah nak komplain dok depan PC makin bulat badan ni.. hehehe..jom baca Keri Gans, R.D., pengarang buku The Small
Change Diet berkongsi idea tentang ‘stok makanan’ yang perlu
ada, jika tiba-tiba perut berbunyi kelaparan.
(^_^) Roti
gandum penuh
Sandwic
adalah yang plaing mudah untuk disediakan. Usah makan roti kosong, tetapi
letaklah sesuatu pada roti anda untuk menyediakan makan tengah hari yang
ringkas, dan pantas!
(^_^) Yogurt
rendah lemak
Boleh
dimakan begitu saja. Snek yang sihat kan? tetapi jika anda masukkan buah-buahan
atau kekcang di dalamnya, ia akan menjadi hidangan tinggi nutrisi. Boleh buat
banyak sedikit, sebagai bekalan untuk makan malam pula.
(^_^) Tuna
atau ayam dalam tin
Makanan-makanan
ini tidak perlu dimasak, jadi ia mudah disediakan. Pilihlah jenis tuna atau
ayam yang dipaketkan dalam air berbanding minyak kerana ia lebih rendah kalori.
Letakkan sedikit mustard atau mayones dan nikmati dengan roti gandum penuh anda.
Nah, siap!
(^_^) Badam
atau mentega kacang
Kekacang
merupakan sumber protein, yang membuatkan anda lebih bertenaga. Terpulang mana
satu pilihan anda, sama ada mahu dicampurkan ke dalam yogurt atau dinikmati
bersama roti. Tapi ingat, jangan makan berlebihan pula ya kerana
makanan-makanan ini juga mengandungi kandungan kalori.
(^_^) Buah-buahan
Selain
dijadikan snek, buah-buahan boleh dijadikan hidangan versatil apabila
dicampurkan ke dalam yogurt. Selain itu, anda boleh makan buah bersama roti.
Bayangkan mentega kacang dimakan bersama pisang? Sedapnya!
*Siapa kata
makanan sihat tidak sedap? Korang kenalah jadi lebih kreatif dan mulakan langkah
pertama untuk mengubah diet harian korang. Jangan pernah katakan Tidak! pada
diet. Jika betul pada caranya, hidangan sihat lebih enak daripada makanan yang
selalu anda makan.
Nadia pun nak amalkan jugak macam ni. Mana tau rezeki amalkan, selim melim semula Nadia nanti.. hehehehe.. Selamat beramal..
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment