Usaha kemudian Tawakkal kepada Allah
Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk
berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi
manusia diberi pilihan-pilihan untuk mencorakkan hidupnya sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi
yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, “Mengapa kamu tidak menambat unta
kamu?”
Orang Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan
bertawakkal kepada Allah s.w.t ”
Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya menjawab, “Ikatkan
dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal”.
Sesungguhnya umat Islam perlu percaya pada Qada’
dan Qadar Allah, dan perlu berusaha demi mengelakkan malapetaka atau
mengurangkan risiko menanggung kerugian, dalam kes di atas, mengurangkan
kebarangkalian hilangnya unta, barulah kemudian bertawakkal kepada Allah dan
redha akan ketentuanNya.
Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib/keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. (Ar-Ra’d: 11)
Doa
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Al-Mukmin: 60)
Sabda Rasulullah s.a.w :
(لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ) -الترمذي-
“Tidak ada yang boleh mengubah takdir Allah kecuali doa.”
Ayat ini dapat difahami lebih mendalam bahawa doa
disyariatkan dalam Islam pada dasarnya untuk mengubah nasib seseorang, sebab
apalah gunanya seseorang berdoa kalau dia tidak mengharap perubahan daripada
Allah. Baik perubahan umur dengan dipanjangkan umurnya, atau mengharap rezeki
dengan meminta ditambahkan rezekinya.
Ajal dan Silaturrahim
Firman Allah Ta’ala:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤
Dan
bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajal,
tidak dapat mereka lambatkan walau sesaatpun dan tidak dapat pula dapat mereka
percepatkan. (Al-A’raaf: 34)
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Siapa
saja yang ingin dimudahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah
menyambung silaturrahim. (Riwayat Bukhari)
Kalau dicermati dan direnungkan, perlu diketahui
takdir yang diberi kepada setiap insan itu bukan hanya satu takdir, bahkan ada
beberapa takdir.
Contohnya, Allah menentukan ajal si fulan untuk
hidup selama 60 tahun, di samping itu juga Allah bagi takdir lain untuk hidup
sampai 70 tahun lamanya.
Sesuai dengan hadis di atas, kalau si fulan
menyambung silaturrahim maka takdir kedua akan dia capai, tapi kalau tidak maka
dia akan diberi takdir yang pertama, iaitu akan hidup hanya sampai 60 tahun
saja.
Dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitab “Fathu
al-Baari”, beliau menerangkan bahawa sesungguhnya hadith dan ayat “Ta’jil”
boleh digabungkan bersama, iaitu dengan memahaminya kepada dua bahagian.
Pertama: Maksud penambahan
adalah Allah menambahkan keberkatan hidup bagi seorang mu’min yang menjalin
silaturrahim.
Kedua: Hakikatnya adalah
penambahan umur, di mana seseorang yang menjalin dan menyambung silaturrahim
akan ditambahkan umurnya secara angka.
Beliaupun memberikan contoh umur, misalnya, umur
seseorang ditentukan Allah antara enam puluh tahun dan seratus tahun, takdir
pertama (60 tahun) dinamakan sebagai Qadha’ Mubram, sementara takdir kedua (100
tahun) adalah Qadha’ Mu’allaq.
Wabak Penyakit
Dalam satu riwayat juga disebutkan bahwa tatkala Umar bin Khattab r.a. dan
rombongannya melakukan perjalanan ke suatu tempat di Syria, beliau tiba-tiba
dikhabarkan bahawa tempat yang dituju sedang dilanda penyakit wabak, kemudian
Umar r.a. bermusyawarah dengan rombongan untuk mencari jalan keluar, lantas
Umar r.a. dan rombongan sepakat untuk membatalkan perjalanan tersebut dan
kembali ke Madinah, kemudian salah seorang sahabat yang bernama Abu Ubaidah
tiba-tiba memprotes keputusan Umar yang tidak ingin melanjutkan perjalanan.
فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَة بْن الْجَرَّاحِ: أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ؟ فَقَالَ عُمَرُ: لَوْ غَيْرُكَ قَالَهَا يَا أَبَا عُبَيْدَةَ – وَكَانَ عُمَرُ يَكْرَهُ خِلاَفَهُ – نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ
Abu
Ubaidah bin al-Jarrah berkata “Apakah kita hendak lari menghindari takdir
Allah?”
Umar r.a. menjawab: “Benar, kita menghindari suatu takdir Allah dan menuju takdir Allah yang lain”.
Umar r.a. menjawab: “Benar, kita menghindari suatu takdir Allah dan menuju takdir Allah yang lain”.
Taqwa dan Tawakkal
Firman Allah Ta’ala:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ٢ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا ٣
Sesiapa
yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya).
Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya, dan sesiapa yang
berserah diri (bertawakkal) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya
Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq:
2-3)
Bangkitlah wahai pemuda-pemudi Islam !
Corakkan kehidupan dengan nilai-nilai Islam.
Bersama usaha ke arah kemenangan Islam.
Corakkan kehidupan dengan nilai-nilai Islam.
Bersama usaha ke arah kemenangan Islam.
Sumber : iluv.islam.com
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment