Nadia terbaca artikel ni dalam blog hadzrin.com. sememang apa yang dikatakan dalam blog beliau adalah kenyataan.. kkekadang terasa kita perlu memaksa diri demi kebaikan dan ada kalanya paksaan dari orang-orang yang berjaya dan keluarga itu membuahkan hasil yang baik. Jom baca..
"Buat
Apa Yang Kita “Tidak Suka” dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita “Suka”
Ayat
dekat atas ada sambungannya…
Buat
apa yang kita SUKA , kita akan dapat apa yang kita TAK SUKA…
Ramai
orang yang keliru dengan kerjaya atau apa yang mereka buat. Ramai yang bertanya
kepada saya melalui EMAIL, melalui whatsap, melalui SMS pasal hal mereka.
Seingat saya itu pelajaran ilmu hidup .
Kita
ada fikiran, kita boleh ambik masa untuk berfikir untuk membentuk diri kita.
Kalau kita manja, kita tak kuat dan lemah…susah untuk kita berjaya.
Biasanya
orang keliru dan nak tak tahu apa yang mereka buat sekarang. Contohnya mereka
stress dengan kerja. Mereka kalau boleh mencari kerja yang tak stress dan dapat
duit banyak.
Ni
nak tanya, ada ke kerja yang tak stress dalam dunia ni yang terus dapat duit ?
Nak dapat duit free macam BRIM pun kena beratur dan mohon di pejabat pos, LHDN,
Bank. Pun stress kena tunggu dan beratur panjang.
Kerja
jaga anak-anak stress ? Ni ayat biasa yang dikongsikan kepada saya. Nak
berhenti kerja sebab stress dan nak fokus jaga anak-anak. Bila berhenti kerja
stress pula nak jaga anak-anak.
Kerja
apa lagi cuba kita kupaskan ? Kerja Menteri ? Boss besar ? Pengarah syarikat ?
Ni
satu rahsia yang anda wajib tahu. Orang yang dibayar gaji mahal dan dapat
pendapatan besar sebab mereka boleh menguruskan stress mereka.
Kalau
mereka tak boleh nak settelkan hal kecil, macamana mereka nak bina perniagaan
besar atau empayer besar. Kalau setakat kena stress kena marah, sebab tak
achieve target itu biasa dan normal. Kalau anda kerja dengan saya dan tak
achieve target pun saya Tiaww.
Tengok
sendiri anak-anak. Kalau mereka tak lulus periksa pun kita marah. Jadi itulah
kehidupan. Sebabnya manusia ni mudah lupa dan manja. Perlu sentiasa beringat.
Orang
yang selalu beringat ialah orang yang susah. Dia sentiasa ingat yang dirinya
perlu diperbaiki. Sebab itu ramai yang kita lihat, latar belakang orang yang
berjaya sekarang adalah orang yang dulu hidupnya susah.
Baiklah
, cuba kita perhatikan ayat tajuk post ini betul-betul. Apa makna yang nak
disampaikan.
Buat
Apa Yang Kita “Tidak Suka” dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita “Suka”
Anda
suka nak bangun pagi ? Tak suka kan….tetapi kalau bangun pagi, anda ada banyak
masa boleh buat kerja dan rezeki bangun pagi akan sentiasa melekat dengan diri
anda.
Anda
suka berjumpa orang ? Tak suka kan…tetapi orang yang suka buat bisnes
jumpa-jumpa orang, dia senang untuk berjaya berbanding dengan orang yang tak
suka jumpa-jumpa orang.
Contohnya
orang yang jual insuran, buat Multilevel, buat unit trust….dan apa jua bisnes
yang berkaitan dengan jualan. Pendapatannya bergantung pada komisen jualan.
Lagi banyak jual barang lagi banyak dapat duit. Bila banyak dapat duit baru
dapat beli apa yang kita suka.
Saya
sendiri pilih bidang yang orang lain tak suka nak buat. “Aku tak suka apa yang
kau buat tapi aku nak jadi macam kau ” ni ayat kawan-kawan bila jumpa. So
jawapan nya mustahil. Buat apa yang orang kaya buat, kita akan dapat apa yang
orang kaya dapat.
Ada
orang tanya saya, dia nak buat bisnes Car Wash. Dia nak berjaya seperti saya.
Saya beritahu dia, saya tak buat car wash. Jadi dia perlu cari orang yang
berjaya dalam bidang car wash.
Carilah
kerja yang anda tak suka nak buat. dan anda akan dapat apa yang anda nakkan dan
impikan selama ini.
Ramai
orang suka mengaji alQuran atau tidak ? Kalau suka buat setiap hari satu juzuk
tak ? Jadi kita tahu, yang kalau baca Al Quran dapat ganjaran besar tetapi tak
ramai yang suka.
Mengapa
post kali ini stress sedikit untuk dihadamkan ? Supaya kita sedar yang nak
berjaya kena PUSH diri kita. Bukan nak jadi manja memanjang. Bukan nak ingat
yang nak berjaya perlu buat apa yang kita suka sahaja. Contohnya anda suka
tidur, cuba cari apa kerja yang tidur dapat duit ?
Memang
ada orang yang tidur dapat duit. tetapi sebelum dia tidur tu, dia dah kerja
gila-gila untuk buat duit. Waktu orang lain tidur dia bekerja. Waktu orang lain
berseronok, dia stress menguruskan masalah orang lain.
Itu
yang bila dia dah dapat apa yang dia nak, dia tidur pun duit masuk. Anda
mungkin pernah dapat risalah MLM yang berbunyi ni… Tidur pun dapat duit . Kalau
asyik tidur pun stress jugak. Sebab separuh dari kehidupan anda habiskan untuk
tidur.
Nak
tidur dapat duit contohnya anda dah ada RM10 juta. Simpan dekat Bank Islam dan
dapat dividen setiap bulan. Atau beli emas berkilo-kilo dan setiap bulan dapat
hasil.
Nak
capai tahap tu kena kerja keras, kena kerja stress, kena pusshhh diri sikit.
Kerja rajin pasti ada hasil.
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment