Tips Memilih Bisnes MLM Yang Betul
Tapi setelah kuasa Allah menemukan saya dengan
Shaklee, memang pandangan saya berubah 100% tentang MLM ni. Apa yang ada dalam fikiran saya selama ini
memang ternyata salah. Tapi mula saya join Shaklee, saya tidak tahu Shaklee ni MLM.. haaa sebab tu berani join.
Agaknya kalau tahu dari awal, memang tak join la kot. Tapi itulah kuasa Allah, segalanya memang dah tertulis.
Nasib baik juga tak tahu kan.. Kalau tak melepas satu peluang untuk menambah duit poket setiap bulan demi menampung kos sara hidup yang kian meningkat ni. Tapi bila
dah kenal Shaklee, terus jatuh cinta.
Okay saya bukan nak bercerita pasal Shaklee tapi
saya nak kongsikan dengan anda tips memilih bisnes MLM yang betul. Semoga
membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk masa depan anda.
Kenapa Memilih Bisnes MLM?
- MLM adalah salah satu jenis bisnes bukannya sejenis plan perniagaan. Setiap syarikat MLM itu sendiri mempunyai plan perniagaan yang berbeza. Jadi persepsi pertama yang anda harus faham adalah MLM itu jenis bisnes bukan plan bisnes.
- Bisnes MLM biasanya melibatkan produk/servis, mempunyai sistem ‘upline’ dan ‘downline’ dan melibatkan bonus/komisyen/ insentif berdasarkan plan perniagaan setiap syarikat MLM itu.
- Apa uniknya MLM? Paling utama bisnes MLM adalah sejenis bisnes yang mampu memberikan anda pendapatan bulanan 4-5 angka dalam masa kurang dari setahun dengan syarat anda berusaha dengan serius dan faham plan perniagaan bisnes MLM yang anda sertai.
Tips Memilih Bisnes MLM..
Tips
Memilih Bisnes MLM 1 : Adakah syarikat MLM itu sudah wujud lebih dari 5 tahun?
- 90% syarikat MLM jatuh dalam masa 2 tahun. Jadi jika anda merancang untuk meletakkan 100% usaha dan tenaga anda dalam bisnes MLM, pastikan syarikat MLM yang anda pilih telah wujud untuk tempoh masa yang lama. Sebab itu membuktikan plan perniagaannya berkesan dan sistem pentadbirannya berfungsi dengan baik.
Tips
Memilih Bisnes MLM 2: Adakah syarikat MLM itu mempunyai modal secukupnya?
- Jika semasa anda ingin sertai syarikat MLM itu anda mesti melaburkan modal yang besar, batalkan sahaja niat anda dan cari syarikat lain. Itu menunjukkan syarikat MLM memerlukan wang modal dari anda atau boleh jadi anda tertipu dengan ahlinya.
- Tips penting, carilah syarikat MLM yang bersifat ‘public traded companies’ kerana syarikat seperti ini harus melaporkan situasi kewangan mereka dari masa ke masa.
Tips
Memilih Bisnes MLM 3: Adakah syarikat MLM itu menawarkan produk yang unik
dan mempunyai permintaan berulang?
- Produk yang unik penting kerana ia mengurangkan persaingan anda dengan ahli syarikat lain. Tapi anda juga mesti pastikan produk syarikat MLM anda mempunyai permintaan. Mungkin anda pernah dengar orang melaburkan modal besar untuk join MLM tapi akhirnya barang-barang bersepah bawah katil atau dalam bilik stor. Itu juga akan berlaku pada anda jika produk syarikat MLM anda tidak mempunyai permintaan. Jadi produk anda mesti mempunyai permintaan yang sebenar dan dengan harga berpatutan.
- Permintaan berulang pula bermaksud produk yang akan habis dipakai dan akan diulang beli oleh pengguna. Ia juga penting kerana anda akan mempunyai permintaan berterusan.
Tips
Memilih Bisnes MLM 4: Adakah orang yang memperkenalkan anda kepada
syarikat MLM itu komited untuk membimbing anda?
- Lihat pada orang di sekeliling dia. Adakah dia berseorangan? Atau dia mempunyai kumpulan yang mana ahlinya turut berjaya di bawah bimbingannya.
- Untuk berjaya dalam bisnes MLM, anda mesti mempunyai mentor yang boleh membimbing dan memberi sokongan padu dalam perjalanan bisnes MLM anda.
Tips
Memilih Bisnes MLM 5 : Adakah bisnes MLM anda boleh berjaya dengan hanya
secara part-time?
- Syarikat MLM anda mesti mempunyai sistem yang membantu anda menjual produk syarikatnya supaya anda boleh menggunakan masa anda dengan efektif untuk mempromosi, merekrut dan membimbing ahli anda. Maknanya syarikat MLM anda membantu menghantar produk kepada customer anda.
Tips
Memilih Bisnes MLM6: Will you have fun?
- Ini paling penting. Adakah anda akan berseronok dalam menjalankan bisnes MLM anda? Adakah anda suka dan yakin dengan produknya? Adakah anda suka plan perniagaan syarikat anda? Adakah anda suka dengan jenis produk yang anda akan promosikan?
- Dalam apa pun yang anda buat, jika buat tanpa keseronokan ia akan jadi paksaan. Bila jadi paksaan percayalah sampai satu masa anda akan malas untuk berusaha dan bisnes MLM anda hanya tinggal kenangan.
- Berdasarkan 6 tips memilih bisnes MLM di atas, mungkin anda sudah sedikit yakin dengan bisnes MLM yang anda pilih. Tapi tunggu dulu. Lihat tips memilih bisnes MLM seterusnya kerana ia mungkin mengubah persepsi anda.
Tips
Memilih Bisnes MLM 7: Siapa Yang Berjaya? (Who is making money)
- Kebiasaannya mereka yang join bisnes ML M adalah ‘A-type personality’ iaitu mereka yang mempunyai ciri kepimpinan, yakin, bermotivasi tinggi, petah berhujah dan mampu meyakinkan orang melalui ucapannya. Memang lazim orang-orang seperti ini akan berjaya dalam bisnes MLM.
- Jadi jika semua orang-orang yang berjaya dalam syarikat MLM anda adalah jenis ‘A-type personality’, professionals dalam industri network-marketing atau pemimpin hebat yang sudah berjaya dalam karier mereka, anda patut fikir lagi sekali. Adakah anda ada apa yang mereka ada? Jika tiada, bolehkah anda berjaya seperti mereka?
- Dan jika mereka yang telah berjaya itu beritahu anda untuk teruskan berusaha keras dan beri masa 3-5 tahun untuk merasa income besar 4-5 angka sebulan, saya nasihatkan carilah bisnes MLM lain. Kerana jika sistem syarikat berkesan, produknya berkesan, anda sepatutnya mendapat hasil lebih cepat dari itu.
- Saya pernah berjumpa seorang suri rumah yang mampu mendapat pendapatan tetap 5 angka dalam masa setahun. Ini adalah contoh bisnes MLM yang anda patut sertai. Mereka yang mencipta kejayaan adalah orang-orang biasa seperti kita dan mampu berjaya dengan cepat (tapi syarat usaha kena hebat lah)
Tips
Memilih Bisnes MLM 8: Adakah syarikat MLM itu mempunyai ‘Success Story’,
‘Product Story’ dan ‘Experience Story’?
- ‘Success story’ –> Kisah-kisah kejayaan orang biasa yang berjaya mencapai impian mereka melalui bisens MLM mereka. Kisah suri rumah yang berjaya mencapai income 4-5 angka hanya dengan bekerja dari rumah. Kisah orang biasa yang mampu mencapai income 4-5 angka hanya secara part-time. Kisah seorang guru yang mampu mencapai income 6 angka tanpa sebarang ilmu bisnes dari peringkat awal. Naahhh, jika syarikat anda mempunyai kisah seperti ini, teruskan niat anda untuk menyertainya. Tapi jika yang berjaya adalah mereka yang sedia hebat, fikirkan lagi sekali.
- ‘Product Story’ –> Testimoni-testimoni hebat dari para pengguna produk yang menunjukkan perubahan ketara dan kisah-kisah mereka yang hidupnya berubah setelah mengamalkan produk syarikat anda. Atau produk yang mempunyai kajian saintifik membuktikan keberkesanannya. Jika produk syarikat anda ada semua ini, teruskan niat anda kerana pasti permintaannya tinggi.
- ‘Experience story’ –> Kisah-kisah pengalaman mereka yang telah berjaya dalam syarikat MLM anda itu. Kisah percutian 5 Star yang ditaja syarikat, personal development, seminar yang berkesan, bonus car dan kisah-kisah lain yang menunjukkan kestabilan dan keutuhan syarikat.
Tips memilih bisnes MLM ini adalah perkongsian
berdasarkan pengalaman saya sendiri dan hasil2 perkongsian dari leader2 hebat dalam Shaklee yang telah berjaya dapatkan bonus sehingga 6angka sebulan. Jadi semoga tips memilih
bisnes MLM di atas bermanfaat untuk anda. Anda tidak perlu takut dengan bisnes
MLM asalkan bisnes MLM yang anda pilih itu betul. Jadi kajilah produk dan
syarikat MLM yang anda ingin sertai sebelum anda laburkan apa-apa modal dan
tenaga anda.
Sumber : http://millionaireroutes.com/Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment