SELAGI ANDA TIDAK
MENGURUSKAN MASA, SELAGI ITULAH ANDA TIDAK MENGURUSKAN APA-APA.
Assalamualaikum
& Salam Jumaat semua..
Tadi.. Nadia
ada masa terluang sikit, Nadia blogwalking dan Nadia terjumpa artikel tentang
pengurusan masa ni.. di blog Dr. Ramlan Hamzah.
Beliau merupakan seorang kaunselor rasanya. Hehehe.. kekadang Nadia pun bukan
yang sempurna dan pandai menguruskan masa dengan sempurna.. kekadang ada je
yang tertangguh.. So, Nadia decide nak sharekan di blog Nadia supaya kita sama-sama
belajar untuk uruskan masa agar lebih teratur.
Terdapat
beberapa panduan tentang pengurusan masa yang berkesan. Strategi ini dapat
menjimatkan masa dan dapat meningkatkan hasil aktiviti belajar, hasil kerja
rumah dan hasil tugasan harian anda dengan berkesan.
Berikut merupakan strategi tersebut;
1. Boleh
Menangguhkan Kerja Tetapi Kerja Yang Tidak Penting.
Bukan semua menangguhkan kerja itu tidak baik
tetapi anda perlu kenal pasti kerja jenis apa yang boleh ditangguhkan. Jika
kerja-kerja yang hendak dilakukan itu tidak penting maka tangguhkan atau tinggalkan
terus kerja-kerja tersebut. Contohnya anda merancang untuk ke rumah kawan untuk
bersembang atau meminjam buku. Bagi menjimatkan masa anda boleh menangguhkan
aktiviti ini. Anda boleh mencari masa terluang yang lain untuk melakukannya.
2. Tanya
Soalan.
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. “Apakah perkara yang
paling penting yang patut saya lakukan sekarang?” Apakah perkara atau kerja
yang masih belum saya sempurnakan? Apakah masih ada lagi kerja rumah yang belum
beres? Adakah saya telah menyiapkan tugasan untuk minggu hadapan?”
Soalan-soalan ini akan dapat membantu anda mengenal pasti tugas yang belum
selesai dan perkara penting yang perlu dilaksanakan.
3. Hindarkan
Dari Melakukan Semua Perkara.
Terdapat individu cenderung untuk melaksanakan
semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap anda
akan berasa lega, tetapi perlu diingat jika beban kerja melebihi kemampuan anda
maka hasilnya tidak akan berkesan. Anda sendiri tidak akan berpuas hati
terhadap hasil yang tidak berkualiti yang anda telah usahakan. Hasil kerja yang
baik datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik
memerlukan anda menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang
telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila anda menumpukan
terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.
4. Kenal
Pasti Tenaga Yang Ada Dalam Diri Anda.
Tenaga yang ada di dalam diri anda tidak sepanjang
hari tinggi. Ada kalanya anda akan berasa letih dan tidak bermaya dan ada
ketikanya anda berada di dalam keadaan penuh semangat dan bertenaga. Apabila
anda sedang bertenaga banyak kerja boleh dilakukan. Banyak buku yang boleh
dibaca dan banyak kerja rumah yang boleh disiapkan, tetapi apabila tenaga anda
berada pada tahap yang rendah maka satu kerja pun tidak boleh disiapkan. Oleh
itu kenal pasti tenaga yang ada di dalam diri anda. Bilakah masa dan berapa
lama kah ia dapat bertahan. Gunakan kekuatan ini untuk membantu anda di dalam
melaksanakan tugas-tugas anda. Anda boleh melakukan kerja-kerja mental yang
berat semasa tenaga anda berada pada tahap tinggi dan anda boleh melaksanakan
kerja-kerja yang tidak melibatkan mental yang berat ketika tahap tenaga anda
rendah.
5. Bezakan
Tugas Yang Perlu Di Segerakan Dengan Tugas Yang Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah
anda perlu dapat membezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu
disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru
beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-perkara penting tidak boleh
dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh. Contohnya kerja rumah
yang perlu disiapkan esok hari perlu disiapkan segera. Membuat kerja-kerja lain
untuk minggu hadapan memang penting tetapi boleh ditangguhkan sehingga siap
kerja rumah yang perlu disiapkan esok.
6. Kemaskan
Meja Kerja Anda.
Otak anda akan menjadi serabut apabila meja anda
berserabut. Terlalu banyak benda di atas meja akan mengganggu konsentrasi anda,
anda akan keliru dengan keadaan meja anda. Hanya benda-benda penting saja yang
perlu ada di atas meja belajar anda. Contohnya kalendar, jadual waktu aktiviti,
jam, tempat alatan menulis dan juga buku-buku yang tersusun. Kekemasan meja
akan menjimatkan masa anda dan membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.
7. Belajar
Bertenang.
Kerja keras memang baik. Sifat itu memang
diperlukan oleh seorang individu. Namun, individu juga harus ada sifat-sifat
tenang di dalam diri. Ketenangan akan membawa kedamaian. Kedamaian akan membawa
kepada konsentrasi anda di dalam menjalankan tugas-tugas. Individu yang tenang
akan dapat berfikir dengan waras dan dapat menyusun idea dengan lebih baik
berbanding individu yang sering bersifat agresif dan kelam-kabut.
8. Elak Dari
Berfikir Seperti Mat Jenin.
Berfikir boleh, tetapi berfikirlah secara
realistik. Berfikir yang bukan-bukan boleh mengganggu pelaksanaan kerja yang
anda telah dirancang. Individu yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih
lama tanpa memberikan hasil yang berkesan. Angan-angan biasanya tidak disertai
dengan rasional. Perkara yang tidak rasional akan membawa seseorang itu ke alam
fantasi yang mengasyikkan. Ini buang masa namanya. Anda boleh berdoa tetapi
bukan berangan-angan. Berfikirlah perkara yang masuk akal dan berdoa agar anda
dapat melaksanakan tugas yang anda telah rencanakan.
9. Sediakan
Senarai Semak.
Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang
banyak, sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda.
Setelah tugasan selesai dilaksanakan, pastikan anda tandakan pada senarai.
Aktiviti ini memudahkan anda melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan
tugasan yang masih belum dilaksanakan.
Harap anda dapat melaksanakan tip-tip tersebut agar
pengurusan masa anda lebih baik dan hasil kerja anda akan lebih berkesan dan
berkualiti.
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
as salam. thanks for your tips. abe kie follows here. no 30.
ReplyDelete