Nadia & Part-Time

Assalamualaikum..

Hmmm.. Pernah tak rasa macam ni.. bila tengok orang gaji besar, duit banyak, shopping tak perlu tunggu gaji, bercuti sana sini tak kira hari keje @ cuti sekolah, pakai cantik2, ada kereta sendiri,rumah sendiri pasti Hati ni pasti berdetik.. bila la Nadia nak merasa macam orang lain. Merasai nikmat macam orang lain rasa shopping anytime, nak beli apa2 tak perlu pikir 2-3kali, bercuti tak perlu nak kumpul duit dulu dan macam2 lagi la. Keje kerani memang la mulia,halal tapi gaji bulanan yang kita dapat dah tentu tetap setiap bulan. Bila dah buat pengagihan.. berapa je tinggal. Nadia buat contoh diri Nadia, taknak pilih orang lain pun. Sebab Nadia sendiri pun kerja sebagai kerani di sebuah kompeni swasta. Jom kita tengok pengiraan budget bulanan kasar Nadia.

Anggaran gaji RM1200/bulan.

Jom kita baut huraian sikit gambar “salary Bulanan Nadia”

Mak & abah, Loan, Simpanan dan takaful, Kecemasan = RM550. Baki gaji Nadia masih ada RM650 lagi.. Budget kecemasan teramat takut nak guna. In case, mak abah sakit kat kampung, duit tu la penyelamat Nadia utk balik kampung.. So, Meh kita huraikan berapa yang tinggal RM650 ni.

·         Belanja makan = RM10 / hari. ( 30hari x RM10 = RM300 )
·         Duit Poket = RM5 / hari. ( 30hari x RM150 )
·         Total = RM450.

Dari gambar di atas, budget utk belanja hanya RM500. Bila kita dah buat pengiraan, belanja harian meliputi utk 30hari adalah RM450. So, budget dari belanja Nadia hanya tinggal RM50. Dengan RM50 ni lah Nadia bershopping.. hehehe.. Kalau lah Nadia terlajak shopping, dalam bulan tersebut.. hehehe..alamatnya,Nadia terpaksa ikat perut dalam bulan tersebut… hehehe..maka”ramping” la perut Nadia seketika. Katakanlah perut ni tetiba teringin nak makan kat fast food macam Nando’s ke, pizza hut ke, takpun Secret Resipi.. tak ke budget “belanja makan” Nadia dah lari…? Huhuhu.. sop..sop…sedihnya bila kenangkan budget Nadia..

Utiliti semestinya budget yang tak boleh lansung diusik, SEBAB ia adalah bil tetap bulanan Nadia. U olls jangan tak tau, bila dah ada belog ni,benda wajib kena ada adalah INTERNET. Dan bila dah “smartphone” ni.. mestilah ada topupnya. Yang untung untuk Nadia sekarang, Nadia gunakan Wifi Mudah alih YES. Bulanan utk wifi ni pun RM80/bulan tau tapi Nadia boleh berjimat sebab ada wifi,boleh guna sekali utk smartphone Nadia... heheheh…jimatkan..? tapi kredit untuk call tetap tak boleh lari.. huhu.. RM30/bulan pasti wajib.. huhu.. Untuk Utiliti ni jea pun Nadia dah habis RM110/bulan. Belum termasuk bil api/air rumah lagi. Walaupun Nadia stay dengan mak ayah angkat Nadia, takkan 100% ulitiliti rumah Nadia buat bodoh jea.. Lemak berkrim ler gitu.. So, Nadia laburkan baki dari utiliti Nadia untuk utiliti rumah sikit. Lesap dah RM150..

Kesimpulannya, gaji RM1200 sebulan belum mampu untuk berada dalam zon selesa lagi. Bila dibahagikan, berapa sangat yang tinggal. Kos sara hidup makin meningkat. Nasi lemak pun RM1.50 sekarang sebungkus. Ni pengiraan hidup bujang tau… Nadia bujang lagi nih.. belum berkeluarga. Walaupun Nadia akan bergelar seorang isteri 1 hari nanti, bayangkan kalau Encik suami yang bekerja seorang dan puan isteri tiada pendapatan. Apakah mampu kita hidup selesa..?
Oleh kerana Nadia merasakan gaji Nadia ni hanya untuk cukup2 makan. Tak pernah lepas  untuk bersedekah dan berzakat. So,Nadia decide untuk cari part-time yang tak memerlukan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah,rezeki dari Allah kita tak tau. Nadia dapat buat part-time dengan berbiznes Shaklee. Internet ada,so manfaat betul2. Buat bisnes online. Shaklee online jea tau.. bukan Nadia kena jual kat kedai2 @ pasaraya @ jadi live promoter. Online jea. Tapi income alhamdulillah. Sapa nak bagi walaupun setakat RM10,20 sebulan. Lepas la duit topup Nadia.


Kalau anda pun ada masalah gaji tak cukup macam Nadia, meh sama2 dengan Nadia buat part-time. Tak jejas pun kerjaya anda sekarang. Betul,Nadia tak tipu. Hanya perlu bersungguh-sungguh jea. Walaupun sekadar part-time, Nadia dah merasa income part-time ni 3angka tau.. Nadia tak keluarkan modal beribu. Modal pun hanya RM65 jea untuk seumur hidup. Pulangan Nadia dah merasa balik modal dah tau. Terasa keselesaan sikit bila ada side income. Kalau rasa nak ubah hidup, bertindak sekarang. Segalanya bermula dari kita. PM Nadia laju2 okeh.



SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003










No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png