Suntikan Vitamin C.. terbaik...??

Assalamualaikum, Hiiii ^_^

Lamanya laaa.. tak berhupdate.. rasa rindu pulak kat belog nan satu ni.. rindu nak sharing info dengan semua.. Korang.. korang.. suka tak kulit cantik macam artis Korea.. putih gebu gituuu.. Hehehe.. Nadia pun suka.. siapa la yang tak nak cantik-cantik kan.. semua perempuan nak.. yelaaa.. nafsu wanita nikan ada 9... hehehe ^_^

Nadia paling suka tengok muka artis-artis Korea... memang cantik sangat.. teringin jugak nak kulit cantik macam artis Korea.. heheheheh (^_*) Korang kenal tak pelakon drama "FULL HOUSE" yang drama ni femes dulu.. kalau tak silap Nadia masa tu Nadia baru tingkatan 5 macam tu la.. drama Full House ni memang meletop habis.. Sampai sekarang Nadia suka sangat tengok Song Hye Kyo dalam drama ni.. memang cantik sangat.. Song Hye Kyo.. berada di tangga ke-5 dalam "MOST BEAUTIFUL FACE 2011" ...Best kan... Korang nak tak kulit macam ni...??

Vitamin C shaklee
Song Hye Kyo_Pelakon wanita utama drama "Full House"
Saat ni, kita ada banyak pilihan untuk dapatkan kulit cantik macam ni.. hanya perlu sediakan duit jea.. semuanya pasti menjadi.. Kalau nak lebih cantik dan cepat.. Kalau nak lebih cantik korang boleh la mencuba buat suntikan Vitamin C. Tapi tunggu dulu.. Korang kena tahu dahulu efek sampingan yang menanti...! 

Kaedah rawatan Suntikan Vitamin C adalah paling popular dan menjadi pilihan ramai semua wanita Malaysia kerana kesannya yang cepat berbanding dengan pengambilan vitamin kecantikan. Kali ni Nadia nak share tentang kebaikan dan keburukan suntikan vitamin C dan kesan terhadap kulit kita.

Apakah Vitamin C..??

Vitamin C adalah satu vitamin larut air yang diproses melalui buah pinggang. Vitamin C diperlukan oleh tubuh bagi membantu menggelakkan penyakit scurvy. Ia diperlukan bagi kesihatan gusi, kulit dan tisu penyambungan dalam badan yang lain. 

Faedah Vitamin C

Vitamin C bukan sahaja mengurangkan gejala-gejala selsema dan sejuk tetapi ia boleh melindungi dan menggalakkan pembaikan kulit. Penyelidikan juga menunjukkan Vitamin C berkesan memudarkan tompok pigmentasi di muka. Ia adalah antioksidan yang terbukti melambatkan kadar kerosakkan radikal bebas. Radikal beas adalah molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan.

Sebenarnya suntikan Vitamin C ni, bukan baru di pasaran kecantikan yea ^_^ .. Suntikan Vitamin C ni telah digunakan 30-40 tahun dahulu lagi tau.. Tapi masa tu tujuan suntikan vitamin C untuk menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan yang disebabkan radikal bebasdan faktor usia. Selain itu,vitamin C ni berperanan untuk meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit dan proses terakhirnya menjadikan kulit kita lebih sihat, cantik dan cerah ala-ala artis Korea.

Antara Manfaat lain yang boleh kita dapat daripada Vitamin C :

  1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah 
  2. Menghalang penyakit Skurvi : Penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkan dan berdarah, pendarahan dibawah kulit dan lain-lain.
  3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
  4. Menguatkan dinding salur darah
  5. Menolong pembentukan tisu gentian dan mengurangkan kedut pada kulit.
  6. Menjadikan kulit lebih cerah, menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
  7. Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan serta menghaluskan kulit.
Namun, terdapat banyak kajian menyatakan suntikan Vitamin C boleh menjadi toksik di dalam badan.

Antara keburukan Suntikan Vitamin C :

1. Kerosakan Buah Pinggang
SuntikanVitamin C @ Vitamin megadosage C boleh membawa kepada peningkatan risiko batu karang, terutamanya jika anda sudah mempunyai sejarah batu karang oxalate. Terdapat juga suatu laporan mengenai kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh kandungan vitamin C yang berlebihan.

2.Cirit Birit yang teruk
Cirit birit yang teruk adalah satu lagi tanda kandungan Vitamin C berlebihan dalam tubuh kita. Ini boleh menyebabkan dahaga yang ketidakselesaan yang ketara, kekeringan, menyebabkan dahaga yang melampau, keletihan pengeluaran air kencing yang rendah dan tekanan darah. Cirit birit dan muntah-muntah juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit.

3. Penyakit Hati
Vitamin C boleh membantu badan kita menyerap zat besi daripada diet anda. Apabila korang mengambil Vitamin C berlebihan, ia boleh menyebabkan tubuh badan kita menyerap zat besi telalu banyak dan menyebabkan tubuh kita terdedah kepada hemochromatosis. Hemochrotosis juga dikenali sebagai beban besi. Sakit perut, keletihan dan sakit sendi adalah antara gelayanya. 

4. Jaundis dan Penglihatan Kabur
Pengambilan vitamic C berlebihan secara berterusan juga menyebabkan penyakit kuning dan penglihatan kabur.

So, berhati-hati dalam memilih produk-produk untuk mencantikkan diri yea.. Kalau ada yang nak jugak vitamin C, Nadia sarankan korang amik Vitamin C Shaklee ni yea.. memang terjamin keselamatannya.. Ibu menyusu, ibu mengandung orag yang sedang diet boleh je amik, takde pantang larang. Tersangat Vitamin C Shaklee dari mengambil Vitamin C jenis suntikkan ni. Korang boleh refer entry-entry lepas yang pernah Nadia update sebelum ni yea.. 

Suntikan Vitamin C vs suplimen vitamin C
Kebaikan Suplimen Vitamin C setaraf suntikan Vitamin C

Banyak tau kelebihan Vitamin C Plus 500mg ni dari yang suntikkan.. Nadia tak cakap suntikan Vitamin C ni tak bagus, tapi untuk jangka masa panjang dan akan datang kita tak tau kesan dia pada tubuh kita macam mana. Why not, kita hanya consume suplimen Vitamin C sahaja yang semestinya terjamin kualiti dan sumber pembuatan nya.. 



Kalau korang berminat untuk dapatkan Vitamin C semulajadi ni pada harga mampu milik dan berbaloi, korang boleh hubungi Nadia dan kalau ada yang nak COD sekitar bandar Kuantan dan kawasan seangkatan dengannya, just drop info tentang korang yea.. ^_^

Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK 
SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Kuantan

1 comment:

  1. penting vitamin c ni

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    ReplyDelete

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png