Assalamualaikum..
Hai u olls.. sedar tak sedar dah dekat dua minggu
kita lalui bulan RAamadhan yang mulai ini. Hmm.. rasanya ramai readers blog
Nadia yang dah berkahwin dan dalam masa yang sama menjadi ibu bekerjaya.
Berbeza dengan status Nadia yang masih bujang, mesti korang akan rasa orang
bujang punya banyak masa, kan..?
Sebenarnya, bujang atau dah berumah tangga ia
adalah keadaan yang sama. Pengurusan masa yang betul sangat-sangat memainkan
peranan yang penting. Bujang tak semestinya punya masa yang cukup kalau tidak
diuruskan sebaik yang mungkin.
Sepanjang Ramadhan ni, juadah untuk bersahur dan iftar
korang rasa yang mana lebih memudahkan korang..? Juadah yang dibeli atau
dimasak sendiri..? Kalau Nadia, Nadia suka kalau memasak sendiri juadah ni. Selain
lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh
menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar
Ramadan yang harga makananya sangatlah mahal.
Nadia yang bujang ni pun lebih selesa memasak
sendiri, apatah lagi semua yang bergelar ibu. Pasti ingin memasak sendiri
juadah berbuka puasa untuk keluarga. Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau
suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi wanita
yang bekerja dan terikat dengan komitmen masa ia agak mencabar dan perlu
menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.
Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan
tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tuga memasak kita. Bukan
sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.
![]() |
Contoh Planner |
1.
Rancang
menu seminggu
Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata
rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang
diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada
hujung minggu.
![]() |
Ehsan : Google |
2.
Pembungkusan
lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam
tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam
seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut.
Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi
memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan
sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan
harian. Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan
menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin
beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di
bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus
dimasak.
3.
Kisar
bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang
menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar
bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak
anda.
4.
Gunakan
gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih
menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung,
bayam mahupun menyiang ikan.
5.
Sejuk
bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak
habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti
dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.
6.
Masak
satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu
yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan tomyam,
paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.
7.
Ulam-ulaman
pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh
menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan
cepat selain tetap berkhasiat.
8.
Dari
dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada
mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh
dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.
Simple je kan tips memudahkan kita yang bekerja untuk masak. Korang buat la try buat tips Nadia share ni malam nanti.. dan tips ni jugak yang Nadia praktik untuk Nadia jugak. takde la berlaku banyak pembaziran sempena bulan yang mulia ni.. J
Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar Bandar Kuantan, Gebeng dan Balok. Khidmat pos seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.