Assalamualaikum
dan selamat malam all blogger dan silent reader blog Nadia.
Hmm.. Entry yang
Nadia nak share ni Nadia baca tengahri tadi di opis.. cerita hamba Allah Nadia tak pasti siapakah nama empunya diri tapi cerita ni
memang agak menarik dan bagus untuk di share kan. Aura positif gitu.. Enjoy
life, buat apa yang kita suka dan jangan terlalu bangga dengan Syurga Dunia
yang kita miliki sekarang dan ubah nawaitu kita. Aura tu yang Nadia dapat waktu
“mensibukkan diri” baca entry hamba Allah ni. Jom baca..
Selepas
Graduasi...
Dulu selepas
graduasi, sama seperti kebanyakan graduan yang lain aku terus mencari kerja.
Pada asalnya ada dua syarikat yang aku sangat teringin nak masuk, iaitu Bank
Negara Malaysia dan Khazanah. Kenapa? Of course, sebab gaji diorang tinggi dan
benefit sangat banyak.
Alhamdulillah
dipanggil interview untuk kedua2 BNM dan Khazanah, tapi tak lepas pun akhirnya.
Tapi dipanggil interview itu pun lepas aku dah terima tawaran kerja di Public
Bank. Memandangkan dua2 tempat tu x dapat, aku pun teruskan jela kerja kat
Public Bank. Time tu nak kumpul duit kahwin, jadi x boleh memilih sangat.
Gaji bulanan
RM2,800, lepas tolak EPF jadila RM2,400.... Dengan penuh keazaman sebelum
kahwin tu aku berjaya simpan sebulan RM2,000. Agak kagum dengan diri sendiri
haha, tapi yelah kan, rumah masih lagi rumah parent, kereta pun dah bawak dari
UK. RM400 hanya untuk minyak, makan lunch, dan tambang LRT Putra.
8 Februari 2013,
alhamdulillah akhirnya bergelar suami. Memandangkan sekarang dah tak ada
tekanan untuk simpan duit yang banyak, dan mindset ingin selalu gembirakan
isteri, aku pun mula tak berjimat sangat. Lebih malang lagi dari semasa ke
semasa ada je masalah, kereta rosaklah, kena bayar saman lah, itu lah, ini lah.
Menjadikan aku rasa RM2,800 sebulan tu tak cukup.
Aku dari awal lagi
duk membanding-bandingkan gaji aku dengan kawan-kawan yang lain... Walaupun
kerja bank ni sebenarnya banyak dia kat bonus (yang aku hanya akan layak dapat
kalau dah kerja lebih setahun), tapi aku masih duk bandingkan dengan kawan2
yang dapat RM3,500, RM3,200 sebulan malahan dengan yang dapat RM3,000 pun aku
masih bandingkan
Kemudian atas
sangat banyak faktor, kerja tak minat, tak rasa otak berkembang, tak rasa
menyumbang apa2, tak rasa dapat gaji yang cukup, dan lain2 (oh tapi aku sangat
suka collague aku).... Akhirnya aku quit Public Bank dan keluar jadi financial
planner. Satu keputusan yang bukan saja mengubah hidup aku, tapi mengubah cara
aku memandang dunia.....
Kehidupan Sebagai
Financial Planner
Cerita panjang
jadi pendek, Financial Planner (FP) ni memang susah nak hidup buat full time
melainkan anda memang jenis muka tebal dan anda memang tak kisah menipu atau
cakap lebat bak kata orang. Sebab at the end of the day, untuk survive dan
menjadi kaya sebagai FP, anda perlu menjadi salesman. Push untuk jual produk
anda kepada siapa saja tak kira benda tu bagus ke tidak.
Hence aku tak
suka, dan at the same time aku x berjaya la jugak, sebab memang aku bukan jenis
macam tu. Dari awal aku dah set aside lebih kurang 6 bulan worth punya cost of
living lepas quit Public Bank tu. Tapi sebab pada asalnya gaya hidup aku tak
berubah sangat, 4 bulan punya worth habis dalam masa 2 bulan (of course ada
beberapa musibah gak time tu). Hence aku tinggal lagi 2 bulan punya worth....
untuk aku guna.... hanya Allah yang tahu berapa lama.... Aku jatuh ke dalam
depression....
So.... gaya hidup
aku mula berubah... Daripada sebelum ni aku x kisah bayar Celcom RM98 sebulan,
aku tukar amik UMobile yang bayar RM28 sebulan. Makan luar memang dah jarang
sangat2.... Kalau makan pun hanya di kedai-kedai makan yang biasa, tidak lagi
di Chinese atau Japanese Restaurant atau Buffet seperti sebelum ni.... Dan
malahan pada bulan-bulan aku dapat income RM500-RM1,000 pun aku dah cukup
gembira dan merasakannya banyak...
Banyak...? It's
not even half of my previous salary at Public Bank.... But indeed, rezeki itu
di tangan Allah....
Let me share with
you one story....
Udang
Pada zaman-zaman
depresion time tu, tengah x tentu hala tuju dan xde duit, aku tiba-tiba
mengidam nak makan udang goreng. Well... kalau time aku kerja Public Bank dulu
of course malam tu jugak aku akan keluar ke Chinese Restaurant ke atau
Steamboat Buffet mana2 untuk makan udang. Tapi time tu aku xde duit... Jadi
just cerita2 mengidam la kat wife aku yang aku teringin nak makan udang....
Beberapa hari
kemudian.... tiba-tiba ayah saudara isteri aku datang. Dia kata ada kawan dia
dari Sabah datang Semenanjung dan bagi dia banyak udang2 besar tahap tapak
tangan.... Memandangkan diorang tak selalu sangat masak kat rumah jadi dia bagi
kitorang.... Dan memandangkan kat rumah ni aku dengan wife aku je makan
udang.... Jadi semua udang2 besar tahap tapak tangan yang aku x pernah jumpa
kat pasar di Msia tu pun semua dapat kat kitorang.....
Masa tu rasa
sangat.... Sangat rasa... Yang rezeki tu bukanlah dari pekerjaan kita, bukan
boss kita, bukan kerajaan... Malahan rezeki itu bukan dalam bentuk duit....
Tetapi rezeki itu dari Allah... dalam bentuk sesuatu yang kita merasa nikmat
ketika memperolehinya.....
Orang yang
mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000....
selebihnya akan ditinggalkan untuk keluarganya selepas dia meninggal....
Antara Duit,
Rezeki dan Zuhud
Sambung cerita....
So selepas 2 bulan berhenti kerja aku hanya tinggal 2 bulan punya duit utk
hidup.... And guess how long I was able to survive with that amount of money?
Approximately 6 months.... 6 bulan.... tripled the amount I should have been
able to survive....
Yup, dari semasa
ke semasa ada rezeki lain yang datang.... Aku ubah gaya hidup, aku lebih
bersyukur apa yang ada, dan sabar melihat dugaan2 dunia.... Dan akhirnya duit
aku memang literally habis... Emmm... around RM20? lol....
Tiba2 Allah bagi
lagi rezeki dengan ada orang nak beli kereta aku, dan aku sendiri dapat tempat
untuk sambungkan pelajaran... Dan lepas tu aku dapat pinjaman MARA.... It's not
much, just around RM800 per month....
Still.... bagi aku
yang sekarang... RM800 itu sangatlah cukup. Sangat.... Aku tak lagi bandingkan
dengan pilihan-pilihan biasiswa yang lain, ataupun dengan pekerjaan yang
lain... Atau tak juga berasa menyesal meninggalkan kerja di Public Bank yang
kalau aku teruskan mungkin purata pendapatan bulanan aku dah sama dengan kawan2
yang lain....
(gambar terakhir
sebelum dijual.... isk3)
Selain tu aku pun
dah terpaksa downgrade kereta aku daripada Mazda 6, kereta yang aku sangat suka
dan brand idaman aku sejak aku di bangku sekolah lagi kepada kereta kancil
tahun 1996 (dah 18 tahun tu haha).... Pada asalnya rasa tersangatlah tak
best... pick up slow sangat, gear ada sampai 4 je, pastu air cepat habis yang
perlu isi balik setiap 2-3 kali guna... Tapi still, alhamdulillah sekarang dah
biasa, dan kalau dulu bawak Saga aku rasa tak best, sekarang rasa bawak Saga
pun dah cukup best.... Yang penting aku masih boleh pergi ke mana aku perlu
pergi dengan kancil tu.....
Dari RM2,800
kepada RM800
Dari Mazda 6
kepada Kancil 1996 gear 4...
Aku masih lagi
bersyukur kerana Allah meletakkan aku melalui semua itu.... Kerana dengannya
aku mengerti erti duit, erti rezeki, dan erti nikmat.....
Dan yang paling
penting sekali....
Kini aku mengerti
erti zuhud....
Iaitu bersyukur
dengan apa yang ada, dan redha dengan nikmat yang ditarik....
Sebagai tanda kita
meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati....
Setahun, semenjak aku keluar dari Public Bank.... Itulah tempoh untuk Allah memberiku tarbiyah berkaitan erti rezeki, nikmat dan zuhud....
Setahun, semenjak aku keluar dari Public Bank.... Itulah tempoh untuk Allah memberiku tarbiyah berkaitan erti rezeki, nikmat dan zuhud....
Kini aku memilih
untuk membuat apa yang aku suka, apa yang aku rasakan akan memberi manfaat
kepada orang, walau dapat menolong orang lain walau secebis pun, aku merasa
puas dan terus bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian Allah.... Dan nilai
duit bukan lagi menjadi ukuran utama sekarang ni....
Aku yakin satu
hari nanti aku akan kembali diuji.... Tapi aku pohon semoga Allah kekalkan
sifat zuhud ini dalam diriku, isteriku dan keluargaku..... Dan kuatkan kami
dengan sabar dan redha....
No comments:
Post a Comment