Assalamualaikum
w.b.t.
Hmm..petang2 cam gini.. tetiba teringat nak Share info tentang
tekanan darah rendah..mesti ramai yang tak tau tentang darah rendah..sebab
selalu kita dengar orang cakap “darah tinggi” jea..kan..kan..Jom baca lagi..
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang
lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ
dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya
gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia
membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam
salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat
beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia,
aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan
darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang
terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke, penyakit jantung,
penyakit pada mata, pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan
tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.
Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat
lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi,
mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan
cepat dan pendek, defresi dan cepat haus.
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk
membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk
mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang
dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang
kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi
iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti
pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan
kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit,
masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang
terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.
No comments:
Post a Comment