Muffin Top & Cara Hilangkannya

Assalamualaikum w.b.t

Untuk yang belum tahu,  “Muffin-top“ ni bukan sejenis makanan ianya ialah istilah yang merujuk kepada sekepul lemak yang tersembul keluar daripada baju/seluar apabila seseorang itu (perempuan la terutamanya) pakai baju yang sangat singkat lagi ketat. Selalunya, baju ‘Baby-T’ + ‘jeans’ ketat = muffin top yang ‘cantik’!

Ini adalah contoh ‘muffin top’. Untuk yang berbadan ‘sedap’ selalu memang akan ada masalah ni dan muffin top ni kadang2 mengganggu kita punya penampilan seharian walaupun kita tak pakai ‘Baby-T’ dan ‘jeans’ ketat.


Cara untuk ‘menutup’ Muffin Top:
Selain daripada  berpakaian senonoh dan menutup aurat, ada lagi beberapa cara untuk buang muffin top ni. Tapi tip-tip ini bukan  untuk menggalakkan semua perempuan berpakaian singkat, tetapi sekadar berkongsi. Manalah tahu lepas ni nak kelihatan cantik depan suami atau bakal suami kan (bersedia dari awal).

1.KARDIO
Muffin top adalah lebihan lemak kat sekitar perut. So, untuk  bakar lemak badan, latihan kardio seperti jogging, berjalan pantas, berbasikal, aerobik, atau berenang adalah yang terbaik. Badan orang perempuan mula membakar lemak sedikit lambat berbanding lelaki, biasanya setelah 30-40 minit berkardio baru lemak dibakar. So, pastikan kalau jogging, at least kena 30minit.

2.LATIHAN UNTUK OTOT
Orang perempuan sering menguji otot-otot bahagian depan mereka, punggung, hamstring dan abdomen dengan berjogging, dan sit-up, tetapi mereka mengabaikan otot-otot yang terletak di bahagian sisi dan belakang badan. Sekali sekala tu cubalah lakukan “side bend”.

3.MAKAN “LEMAK YANG DIPERLUKAN” SAHAJA
Tubuh kita perlukan lemak sebagai sumber tenaga, pelarut yang menyerap vitamin larut dalam lemak (A, D, E, dan K) ke dalam sel, dan medium pengangkutan nutrisi ke seluruh tubuh. Jangan haramkan lemak dari badan kita sebab kita mungkin berdepan masalah gangguan fungsi-fungsi di atas, dan lebih parah jika ia mengganggu kitar sel-sel lemak itu sendiri.Tapi tak semua lemak yang menjalankan fungsi di atas, hanya lemak tak tepu saja. So, dapatkan sumber lemak tak tepu menerusi minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak jagung @ supplimen yang membantu menghapuskan lemak yang jahat.

4.KURANGKAN GULA
Lagi banyak gula yang kita ambil, lagi banyak hormon insulin yang dirembeskan oleh sel-sel beta di pankreas. Bila paras insulin dalam darah meningkat secara mendadak akan menggalakkan proses penyimpanan lemak oleh tubuh badan (melainkan anda aktif, seperti ahli sukan)

5.PAKAI KORSET @ GIRDLE
Ni option terakhir kalau malas nak catu makan and nak exercise. Memang secara zahirnya dapat sembunyikan muffin top, tapi kalau bukak girdle or korset tu confirm muffin top tu tersembul balik. Takkan lah nak pakai 24jam kan?

Selamat menghilangkan muffin top masing masing =p



Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png