MARI KITA KETAHUI KELEBIHAN CHIA SEEDS

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^


Hai.. salam 3 Ramadhan.. Korang.. pernah tak dengar tentang chia seed..? Atau ada yang tak kenal chia seed..? Bila nadia bercakap tentang chia seed ni.. ramai yang lata chia seed adalah biji selasih. Ramai yang keliru antara chia seed dengan biji selasih. Memang tak dapat dinafikan tanggapan orang tentang chia seed. Memang 'chia seed' dan 'bijih selasih' seakan-akan. Akan tetapi chia mempunyai imejnya tersendiri. Chia seed adalah gabungan kelabu hitam putih, manakala biji selasih sepenuhnya bewarna hitam. Bentuk mereka apabila kembang juga ketara berbeza. Jelaskan perbezaan chia seed dan biji selasih..? Nadia sharekan gambar perbezaan rupa chia seed dan biji selasih.  


Ehsan Google

KENAPA MESTI CUBA 'Chia Seeds" ?


'Chia Seeds' ini merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 disamping segala macam vitamin dan nutrien, fiber protein, kalsium, dan yang terpenting ialah antioksidan. hanya dua sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama seperti 'biji selasih'. Chia seed ni ada kelebihan tersendiri tau. Nadia share sikit yea kebaikan dia..


Melawan Diabetes.
Chia Seed telah dikaji sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2 kerana keupayaannya  memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia terbentuk apabila terdedah kepada cecair-boleh juga mencegah pancang gula darah.


Serat yang banyak.
Hanya 28 gram atau satu auns hidangan chia seed mempunyai 11 gram serat pemakanan - kira-kira satu pertiga daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk orang dewasa. Menambah beberapa chia seed dalam menu diet anda adalah satu cara yang mudah bagi memastikan anda mendapat jumlah fibre yang baik. Dimana ia penting untuk sistem penghadaman.


Kekuatan Gusi dan Tulang.
Satu hidangan biji chia seed mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk kalsium, yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan tulang, gigi, dan mencegah osteoporosis.

Penuh Dengan Protein.
Biji Chia juga adalah salah satu sumber protein buat vegetarian dan ianya  tidak mempunyai kolesterol. Satu 28gram hidangan biji Chia Seed mempunyai 4.4 gram protein.

Menstabilkan Gula dalam Darah.
Chia Seed juga berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah disamping melawan rintangan insulin yang terikat dalam peningkatan lemak perut (belly fat). Rintangan jenis ini amat berbahaya untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

Mudah Kenyang.
Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang ditemui dalam ayam belanda. Ia juga ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan memberi kesan mengantuk selepas makan (Cthnya Jamuan Hari Raya) namun ia juga berpotensi membantu mengawal selera makan (mudah kenyang), tidur yang selesa dan membantu meningkatkan mood anda sehari-harian.

Meningkatkan Kesihatan Jantung. 
Kajian Klinik Cleveland menyatakan bahawa biji chia seed telah terbukti dalam peningkatan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ia juga boleh meningkatkan kolesterol sihat pada masa yang sama mengurangkan jumlah LDL, kolesterol dan trigliserida.

Penuh dengan Omega-3.
Biji Chia adalah penuh dengan asid lemak omega-3, dengan hampir lima gram dalam hidangan satu auns. Lemak adalah penting untuk kesihatan otak.

  • Sangat2 lah baik diamalkan ketika bulan puasa nie sebab chia seeds mengenyangkan. Paling penting kena minum air secukupnya ya, sebab chia seeds juga sifat nya menyerap air, jadi minum air secukupnya ya. Makan suplemen apa pun memang kena air lebih  =)
SUMBER : DOCSFITNESSTIPS

Kalau ada yang berminat untuk buat duit tambahan.. jom sama-sama join nadia buat Shaklee ni. In sha Allah sejak buat shaklee memang ketenangan akan jadi milik kita dan rezeki pasti sentiasa ada. Jemput rezeki bukan kerah tulang 4 kerat memang tersangat berbeza.
In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 

Terima Kasih atas sokongan korang semua ^__^

Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)

pengedar shaklee kuantan

**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Your Trusted SID..©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)




No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png