Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid

Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid

Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid |  Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser tetapi tetap juga membawa kemudaratan kepada kesihatan wanita. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim terutamanya pada lapisan otot.
Ketumbuhan Fibroid berpunca dari gangguan haid dan senggugut. Ramai juga wanita yang mempunyai ketumbuhan Fibroid tanpa mereka sedari kerana kadangkala ketumbuhan Fibroid ini tidak langsung memberi sebarang petanda. Golongan yang berisko tinggi terkena Fibroid adalah wanita yang belum berkahwin dan juga wanita yang telah melahirkan anak.
Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid
Antara Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid dalam rahim adalah:
  • Gangguan haid
  • Keputihan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kesakitan ketika melakukan hubungan intim suami isteri
  • Kerapkali terasa kurang selesa di bahagian perut
  • Kentut vagina
  • Kegatalan dan bau kurang enak pada vagina
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil terutamanya ketika batuk atau melompat
  • Mudah terasa letih dan lesu
  • Sakit dibahagian tumit kaki dan lutut
  • Tangan dan kaki kerap terasa sejuk
  • Rasa kejang dibahagian betis
  • Kerapkali keguguran
  • Mengalami sakit senggugut yang agak teruk
Bolehkah ketumbuhan fibroid dirawat?
Buat masa ini tiada rawatan menggunakan ubatan yang boleh mengecutkan ketumbuhan Fibroid. Kebanyakkan pesakit terpaksa membuat pembedahan untuk membuang Fibroid, namun biarpun telah dibedah, Fibroid tetap juga boleh tumbuh semula selepas beberapa bulan atau tahun.
Jadi apa caranya untuk mencegah ketumbuhan fibroid?
ketumbuhan fibroid
Ada beberapa jenis makanan yang harus dikurangkan pengambilannya seperti:
  • Daging merah (kambing dan lembu)
  • Ayam
  • Produk tenusu
  • Bahan perisa
  • Makanan manis
  • Minuman berkarbonat
  • Makanan segera
  • Makanan ringan
  • Makanan berlemak dan berminyak
Kalau ada jenis makanan yang perlu dielakkan, pastinya ada juga jenis makanan yang elok diambil untuk mengelak dari ketumbuhan Fibroid. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya adalah:
  • Ikan laut seperti ikan bawal, ikan kembong dan ikan selar
  • Sayuran dari jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis
  • Sayuran hijau antaranya brokoli, bayam, ulam-ulaman
  • Kekacang seperti badam, kacang tanah, kacang merah
  • Ubi Kayu
  • Buah-buahan antaranya nenas dan betik
  • Teh hijau

Sumber : http://cardova.net/

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png