Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid

Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid

Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid |  Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser tetapi tetap juga membawa kemudaratan kepada kesihatan wanita. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim terutamanya pada lapisan otot.
Ketumbuhan Fibroid berpunca dari gangguan haid dan senggugut. Ramai juga wanita yang mempunyai ketumbuhan Fibroid tanpa mereka sedari kerana kadangkala ketumbuhan Fibroid ini tidak langsung memberi sebarang petanda. Golongan yang berisko tinggi terkena Fibroid adalah wanita yang belum berkahwin dan juga wanita yang telah melahirkan anak.
Wajib Baca!! Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid
Antara Tanda-Tanda Awal Ketumbuhan Fibroid dalam rahim adalah:
  • Gangguan haid
  • Keputihan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kesakitan ketika melakukan hubungan intim suami isteri
  • Kerapkali terasa kurang selesa di bahagian perut
  • Kentut vagina
  • Kegatalan dan bau kurang enak pada vagina
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil terutamanya ketika batuk atau melompat
  • Mudah terasa letih dan lesu
  • Sakit dibahagian tumit kaki dan lutut
  • Tangan dan kaki kerap terasa sejuk
  • Rasa kejang dibahagian betis
  • Kerapkali keguguran
  • Mengalami sakit senggugut yang agak teruk
Bolehkah ketumbuhan fibroid dirawat?
Buat masa ini tiada rawatan menggunakan ubatan yang boleh mengecutkan ketumbuhan Fibroid. Kebanyakkan pesakit terpaksa membuat pembedahan untuk membuang Fibroid, namun biarpun telah dibedah, Fibroid tetap juga boleh tumbuh semula selepas beberapa bulan atau tahun.
Jadi apa caranya untuk mencegah ketumbuhan fibroid?
ketumbuhan fibroid
Ada beberapa jenis makanan yang harus dikurangkan pengambilannya seperti:
  • Daging merah (kambing dan lembu)
  • Ayam
  • Produk tenusu
  • Bahan perisa
  • Makanan manis
  • Minuman berkarbonat
  • Makanan segera
  • Makanan ringan
  • Makanan berlemak dan berminyak
Kalau ada jenis makanan yang perlu dielakkan, pastinya ada juga jenis makanan yang elok diambil untuk mengelak dari ketumbuhan Fibroid. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya adalah:
  • Ikan laut seperti ikan bawal, ikan kembong dan ikan selar
  • Sayuran dari jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis
  • Sayuran hijau antaranya brokoli, bayam, ulam-ulaman
  • Kekacang seperti badam, kacang tanah, kacang merah
  • Ubi Kayu
  • Buah-buahan antaranya nenas dan betik
  • Teh hijau

Sumber : http://cardova.net/

Tiriod dan Shaklee

Assalamualaikum, Selamat petang u olls..

Hari ni terlebih rajin tau.. kalau pagi menjelang ke tengahari tadi Nadia share pasal penyakit tiriod.. petang ni Nadia nak share pulak serba sedikit cara rawatan untuk penyakit tiroid ni. Siapa yang nak tau tentang bahayanya penyakit tiriod boleh KLIK SINI. 

Nadia pun tak banyak ilmu sangat tapi sekadar berkongsi ilmu yang tak seberapa ni tak salahkan.. So, ada sesiapa dikalangan kita samada ahli keluarga, kawan-kawan atau kenalan jauh blh la korang sharekan serba sedikit. Mana tau insya-Allah dengan izinnya, saudara seislam kita boleh sembuh. Jom, kita kongsi.


Cara rawatan penyakit TIRIOD

Pesakit
 hypotiroidisme lebih mudah dirawat tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada paras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit
 hypertiroidisme pula perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yang terlebih itu. Pembedahan juga adalah alternatif kepada rawatan hiper ini.

Jika anda ibu menyusu & mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda. 

Shaklee juga menyediakan suplimen terbaik untuk membantu pesakit tiriod. Antara suplimen yang digalakkan untuk pesakit tiriod adalah seperti berikut :-

=============
HYPOTHYROID
=============
♥ Hipotiroid atau thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Selalunya boleh elok dengan sendirinya. Toxic nodule goitre berlaku bila terlalu banyak iodin dalam makanan yang diambi. Ini boleh dikawal dengan pemakanan.

♥ Suplement Shaklee utk Pesakit hipertiroidisme:
 1) Vivix
✔Vivix ni boleh perbaiki sehingga ke tahap DNA dan sel tubuh

2) B Complex
✔untuk memperbaiki sistem imun dan kelenjar tiroid.

3) Vitalea
✔untuk memperbaiki keadaan metabolik yang hiper

4)Omega Guard
✔untuk menjana fungsi kelenjar yang betul disamping mengurangkan bengkak kelenjar yang dialami.

==============
HYPERTHYROID
==============
♥ Hipertiriodisme juga dikenali sebagai tirotoksikosis. antara penyebabnya adalah grave's disease iaitu antibodi dalam badan menyebabkan kelenjar tiroid itu membesar dan mengeluarkan hormon terlebih. Dalam kes ini selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid membesar dan mengurangkan hormon berlebihan.

♥ Suplement Shaklee utk Pesakit hipotiroidisme:
 
1) Vivix
✔boleh perbaiki sehingga ke tahap DNA dan sel tubuh.

2) Vita E
✔meningkatkan anti oksida di dalam tubuh (penghidap hipotiroidisme) mengalami tahap antioksidan yang rendah (anti oksidan penting untuk tubuh melawan radikal bebas).

3)Vita C
✔untuk menguatkan imun badan dan mengurangkan stress.

4)Ostematrix
✔untuk mengurangkan kebas-kebas, menggalakkan tidur lena dan selesa, mengatasi sembelit dan mengurangkan stress.
Tak susah untuk mencuba, mencegah kita penyakit. tapi korang kena ingat yea. Supliment bukan ubat.. dan ada yang dah berpuas hati dengan mengamalkan pengambilan suplimenuntuk tiriod ni.. TERBUKTI (^_*) Cepat2 grab sebelum GST bermula dan Shaklee revise harga baru.. 
 Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Bahaya Penyakit Tiriod

Assalamualaikum & Salam Sayang,
Dah lama rasanya Nadia tak share tentang info penyakit. So, hari ni jari Nadia decide.. (Hehehe..jari yang decide..) nak share tentang TIRIOD. Sebelum ni, Nadia pun tak tau apa tu tiriod. Tapi bila dikalangan member terdekat yang kena, so serba sikit Nadia kena amik tau dan share info ni dengan korang semua supaya kita dapat mencegah sebelum mengubati.
TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. , penyakit tiroid, tiroid, hypertiroid, hipotiroid, thyroid, ubat tiroid, masalah tiroid, khasiat minyak kelapa dara, minyak kelapa dara, virgin coconut oil, rawatan, penyakit, ubat
TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.
Kelenjar tiroid
Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid banyak, penyakit
hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku. Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Diagnosis penyakit tiroid
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.

Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.
Penyakit hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.
Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).
Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.
Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.
Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.
Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.
Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.

Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.

Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

Penyakit tiroid semasa mengandung
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.
Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003
 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png