Hentikan Sindrom Tua : Utamakan 3 Benda Penting

Hentikan Sindrom Tua : Utamakan 3 Benda Penting

Assalamualaikum & Salam Jumaat

“Hentikan Sindrom Tua : Utamakan 3 Benda Penting” pelikkan tajuk entry kali ni. Tapi sebenarnya itulah yang terjadi dalam rutin kehidupan kita sebagai wanita. 3 perkara penting untuk hentikan Sindrom TUA kita abaikan. Ini kerana kian hari kian bertambah rutin yang kita tanggung. Sebagai wanita yang berstatus bekerja, terlalu banyak kerja yang perlu kita tanggung akan tetapi dengan kudrat terhad yang kita ada, apa sangat yang mampu kita laksanakan seharian. Ni belum lagi berkahwin dan ada anak tau. Makin hari makin banyak keje dan permintaan untuk jadi superbwomen pun semakin tinggi.

Jadi, kita perlulah siapkan diri untuk jadi superbwomen untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin hebat ini. Kalau tak, confirm kita akan merana akibat stress dan keletihan yang teramat sangat.
Sebagai wanita bekerja dan part-timer bisnes online, cabaran saya sama seperti wanita berkerjaya yang lain yang sudah mempunyai keluarga. Diri nak bertenaga sepanjang hari. Mana tak nya, dari buka mata,saya dah mula bekerja dan setelah habis masa bekerja, Nadia akan luangkan masa pula dengan bisnes Nadia dan jenguk-jenguk rumah. Wanita dan rutin harian (memasak,mengemas) tak dapat dipisahkan. Walaupun belum berkeluarga, sebolehnya Nadia elak makan diluar. Lebih suka jika memasak sendiri. Kita dapat tahu nilai dan tahap kebersihan makanan yang kita sediakan sendiri. TV..? Kalau ada masa tengok la.. kalau tak, rutin diri je la.. Walaupun tak tengok TV,isu semasa tetap dapat update tau.. tu la untungnya bila berbisnes online.
Hormon wanita memang sukar diramal. Macam air laut. Ada pasang surut nya tersendiri okeh.. heheh.. bila usia kita mencecah 30tahun dan ke atas, hormone mula kucar-kacir, jerawat yang sepatutnya “cool down” selepas usia remaja, boleh pulak datang melawat muka kita yang comel ni. Penyakit2 hormon tak stabil pun seperti cyst dan fibroid berisiko tinggi menumpang dalam tubuh badan kita ni. Kalau period yang dulunya haru biru, tetap takde perubahan.

So, untuk tidak menjebakkan diri kita dalam masalah hormone tu,saya cadangkan supaya wanita seperti kita ni amalkan pengambilan suplimen semulajadi. Nadia percaya suplimen zaman sekarang bukan hanya untuk orang2 kaya atau orang sakit sahaja tapi semua golongan patut amalkan tak kira tua atau muda.

Nadia pun kerisauan, walaupun Nadia belum lagi tergolong dalam wanita yang terkena “sindrom TUA” ni, tapi Nadia berjaga2. Usia sekarang yang bakal menjengah 30-an dalam masa 3-4tahun akan datang bakal mengundang Nadia kea rah “Sindrom Tua” jika tidak beringat dari sekarang. Malu aihh.. kalau sindrom tua ni kita dapat.. sekarang pun kerap terasa letih2, badan lesu2.
So,khas untuk wanita. Shaklee dah sediakan vitamin yang sesuai dengan jiwa dan keperluan untuk menghadapi perubahan cycle dalam hidup wanita.


GLA dan kebaikkannya
GLA ini penting untuk hormone wanita. GLA Shaklee dapat mengurangkan period pain, sakit kepala,susun atur period cycle bagi yang tak pernah teratur periodnya dan melegakan symptom menopause.

Ostematrix dan kebaikkannya
Lebih dari sekadar kalsium.. seriusllyy..selain dari pembentukkan tulang dan gigi yang kuat, ostematrix turut bantu kurangkan period pain, sakit pinggang, migraine, buasir dan bantu umtuk dapatkan tidur yang lena. Kalau ibu2, confirm tido tak lena kan.. mana nak menyusukan anak lagi, teman anak ke toiet la, anak tak sihat meragam malam la, dan macam2 lagi. So, masa untuk rehat dan tidur yang lena pastinya terganggu dan masa rehat ini dapat di cover dengan pengambilan Ostematrix.

Omega Guard dan kebaikkannya
DHA dan EPA dalam omega guard ini dapat membantu jantung dan otak untuk berfungsi dengan lebih mantap. Risiko sakit jantung, strok, kolestrol tinggi, nyanyuk dapatlah diminimakan.. lebih kurang dapat dijauhkan laa.. Yang bestnya Omega ni dapat bakar-bakar lemak tauu.. Insya-Allah mana tau kot2 boleh selim melim gituuu walaupun dah berusia. Yewwww…. Kalau ada dikalangan kita yang pregnant atau menyusukan baby pun boleh amik Omega tau.. baik untuk perkembangan otak anak.. berkongsi DHA yang baik dengan anak. Mana tau anak2 boleh jadi bijak pandai.

Nadia pun wanita dan nak berkongsi nasihat pun dengan wanita2 di luar sana yang berkeinginan nak cantik,bergaya, menawan dan sihat tak kira usia amalkan pengambilan suplimen dari sekarang. Sekiranya kita mula dari sekarang simpton PMS, menopause, risiko jantung dan strok pasti bukan bakal jadi BFF kita kelak. Jom semua amalkan GLA, Ostematrix dan Omega.. ^_^ Meh kita sihat bersama.

 Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Jeragat Punca Muka Kelihatan Tua Dan Kusam

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

JERAGAT PUNCA MUKA KELIHATAN TUA DAN KUSAM - JERAGAT ADALAH TOMPOKAN PADA MUKA YANG MANA, TONA WARNA JERAGAT KEBIASAAN LEBIH GELAP DARIPADA TONA KULIT SEBENAR. JERAGAT INI TIDAK MEMBAHAYAKAN TETAPI IA ADALAH PUNCA MUKA KELIHATAN LEBIH TUA DAN KUSAM TIDAK BERSERI. 
Jeragat punca kulit kusam dan tua

Sebab-sebab terjadinya Jeragat:

1) Terdedah Kepada cahaya matahari terik 

2) Pengambilan ubat-ubatan yg mengganggu hormon.Contohnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik kulit tidak sesuai yg bersifat panas

4) Keturunan

5) Faktor kerja seperti tukang masak yg terdedah kpd bahang api/panas

6) Hormon yang tidak seimbang

7) Faktor usia menyebabkan collagen kurang terbentuk

Dalam usaha merawat masalah jeragat, bintik hitam, tompok hitam perkara yang asas yang perlu dilakukan adalah merawat secara dalam dan luaran. Ini penting, kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang dengan hanya melakukan rawatan secara luaran sahaja dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.
Ramai antara kita lebih rela berhabis ribuan ringgit untuk kulit lebih cantik melalui rawatan luar sahaja. Hakikatnya, segala-galanya apa yang kita makan akan menghasilkan diri kita dalaman dan luaran.

Jeragat merupakan masalah utama kepada ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak. Kebiasaannya, selepas melahirkan anak, anda digalakkan mengamalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon dan insyaAllah menghilangkan jeragat. 

Jom kita sharing sedikit testimoni salah sorang pengguna GLA Complex Shaklee ni. Nadia sharing testimoni ni dari blog Puan Norita #credit

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.


 Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003




Fadhilat Berpuasa 6 Syawal

Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.
Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri. Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”(Riwayat Imam Bukhari)

FADILAT PUASA ENAM

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya. Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

MANFAAT LAIN PUASA ENAM
  • Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  • Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  • Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  •  Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  • Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:
“Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.

CARA PUASA ENAM
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
  • Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
  • Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

Lafaz niat puasa enam:

HIKMAH PUASA ENAM
 Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:=
  •  Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
  • Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
  • Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari.
  • Penyempurna daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
  • Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
  • Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya..
  • Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
  • Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.

QADA’ DAN PAHALA SUNAT
Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya:
  • Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
  • Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
  • Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.
  • Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.
Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.
WA'ALLAHUALAM~~~
 Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png