Khasiat Soya Untuk Ibu Mengandung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Khasiat soya untuk ibu mengandung ramai mungkin yang sudah mengetahui. Biasa je kita dengar, minumlah soya, bagus untuk kulit apatah lagi semasa hamil.

"Nak anak kulit gebu minumlah soya"

Sejauh mana soya ni bagus untuk ibu mengandung. Kita semak dahulu apa ada dalam soya ni yang memungkinkan kita mengambilnya sepanjang kehamilan. Soya mengandungi asid folik, zat besi, kalsium, zink dan mineral.

Image result for soya terbaik

Ibu yang pernah menghadapi masalah diabetes semasa hamil, digalakkan mengambil soya kerana soya juga mengandungi fiber dan juga boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah dan juga mengawal paras gula kerana soya tergolong dalam makanan rendah glisemik.

Glisemik adalah satu penanda ukuran bagi makanan yang memberi kesan pada gula dalam darah. Indeks glisemik terbahagi kepada rendah, sederhana dan tinggi. Bacaan 55 atau kurang adalah dikira indeks glisemik rendah, 56-69 adalah sederhana dan 70 ke atas dikira tinggi. Yang paling bagus adalah jika makanan itu mempunyai indeks glissemik rendah iaitu kurang dari 55.

Apabila sah sahaja mengandung, perkara yang akan terdetik pada hati seorang ibu terutamanya adalah,

“aku kena jaga makan, kena ambil vitamin supaya baby dalam perut ini sihat”

Itulah keihklasan dan kasih sayang seorang ibu, apa pun sudah pasti anak adalah no 1 dalam memberikan yang terbaik. Di mana mahu mencari semua itu? Kebiasaannya pada sesi checkup di hospital, doktor akan membekalkan kita beberapa vitamin sebagai keperluan semasa mengandung.

Pernah tak korang dengar masa mengandung ada petua orang lama, ibu-ibu yang amalkan soya semasa mengandung, nanti anak yang dilahirkan berkulit putih bersih? Siapa yang tidak mahukan anak berkulit putih bersih kan? Tapi jangan lupa genetik adalah memainkan peranan. Bukan putih atau gelap kulit anak itu tapi kulit yang sihat yang menjadi impian kita. Siapa tidak mahu anak sihat dan cergas bukan?

Semasa mengandung selain dari susu atau kalsium, ibu boleh mengamalkan mengambil soy protein. Terutamanya bagi ibu yang alah dengan susu lembu, maka soy isolate protein powder dari shaklee adalah jawapannya. Rasa soya yang tidak terlalu manis, dan khasiatnya yang tidak terbanding amatlah sesuai dengan si ibu. Malah apa yang lebih bagus, ianya sesuai untuk ibu yang menghidap diabetes kerana paras indexs glisemiknya yang rendah iaitu hanya 39 sahaja.

soya terbaik

Kenapa Soy Isolate Protein Powder Menjadi Pilihan? Dan kenapa ianya berbeza dari soya biasa yang ada dipasaran? Tidak semua soya adalah sama ye.

#1 Ia adalah Soya NON GMO
Ianya adalah NON GMO soy protein. Maknanya soya ini adalah semulajadi, tidak diubahsuai secara genetik. Kebiasaannya ada soya yang diubah suai secara genetik untuk memberikannya daya ketahanan yang tinggi semasa ditanam. Supaya ianya tidak mudah diserang perosak, dan ada daya rintangan yang lebih pada keadaan cuaca yang buruk. Dan soya yang diubahsuai adalah lebih tinggi risiko buruk pada pengamal di masa akan datang. Cuba pastikan dahulu dari mana asal pembuatannya dan kaedah apa yang digunakan.

Jika soya kotak yang menjadi pilihan maka berhati-hati kerana ianya boleh disimpan bertahun-tahun, maka tidak hairanlah sudah pasti dicampur dengan pengawet, perasa dan pewarna di dalamnya. Tidak takutkah kita akan risiko pada bayi?

#2 Indeks Glisemik Rendah, Hanya 39 sahaja
Indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 39, menjadikannya sangat ideal untuk semua golongan tua atau apatah lagi seorang ibu hamil. Ibu hamil perlu elakkan makanan yang indeks glisemik tinggi.

#3 Soya ini Dicuci Dengan Air, Bukan Alkohol
Soy isolate protein shaklee dicuci dengan air, BUKAN ALKOHOL. Apa kelebihannya? Bila dicuci dengan alkohol akan menghilangkan manfaat isoflavon, walhal isoflavon lah sangat bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan penyakit jantung.

#4 Dijamin Kualitinya
Soy Isolate Protein Powder Shaklee adalah dijamin kualitinya. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perisa atau pengawet kerana ia dikawal ketat menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagi Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggalah ditinkan dan selamat diminum oleh anda.

Berikan yang terbaik dan amalan pemakanan yang baik semasa mengandung amatlah penting kerana dari dalam perut ibu segalanya bermula. Pertumbuhan bayi yang pesat perlu seiring dengan pemakanan yang baik. Tiada guna kita belikan yang terbaik dari segi luaran sahaja tetapi dalaman tidak terjaga.

Begitu teruja untuk membeli kelengkapan kelahiran seperti pakaian bayi, baby coat, lampin dan sebagainya tapi terlupa untuk menjaga pemakanan selama 9 bulan yang indah ini. Andalah ibu prihatin dan tahniah kerana membuat pilihan yang terbaik untuk si manja anda.


In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 

Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)

**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
 
Terima kasih atas sokongan semua ^__^

..Your Trusted SID..
©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

 

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png