Tubuh Badan Perlu
Detox atau Nyahtoksin
Assalammualaikum & Selamat
Sejahtera semua..
hmm.. lama jugak rasanya Nadia tak berkongsi cerita kan.. So,hari nie Nadia nak
cerita tentang DETOX@Nyahtoksin. Nadia nak tanya pernah dengar tak pasal DETOX ? Kalau ada yang pernah sila angkat tangan.. hehehe..
Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN.
Detox pun ada pelbagai jenis. Nadia pun ada buat detox semulajadi tau.. Selain dari mengamalkan suplimen detox Shaklee.. Setiap malam Nadia akan buat dan masukkan dalam peti untuk sejukkan dan minum keesokkan harinya.. kesannya memang terbaik la.. memang best tau berdetox ni.. First, Nadia rasa lawas je dan terasa perut slim gituuu.. hehehe.. (perasan jek Nadia ni).. Jom try buat detox semulajadi selain mencuba suplimen. Hanya Lemon dan timun, adakalanya Nadia tambah daun pudina.
Apa sebenarnya DETOX ni ye?
Secara normal, hari-hari badan kita
akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan
toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi
secara normal.

--------------------------------
Dari mana datang toksin?
--------------------------------
Toksin pada badan kita datang samada
dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan
melalui macam-macam cara seperti :
UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan
kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak
bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh
menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray,
bahan radioaktif dan gelombang mikro
MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal
akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari
dalam
DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan
air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang
meracuni sistem manusia
---------------------------------------
Tanda-tanda anda perlu DETOX
----------------------------------------
~Masalah penghadaman
~Sembelit
~Sakit kepala
~Jerawat
~Penuaan pra-matang
~Letih
~Berat badan berlebihan
~Insomnia
----------------------------------------
Cara & Langkah-langkah DETOX
----------------------------------------
Bagi membersihkan tubuh dari toksin
secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat
membantu proses detox
2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang
toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol,
garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba
seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,
cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat
(fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan
buahan berries.
4. DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak
dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh,
nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal
pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan
tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik.
Korang boleh jugak memilih produk Shaklee untuk DETOX...
------------------------------
DETOX dengan SHAKLEE!
------------------------------
Shaklee mencadangkan pengambilan
beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan
proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk
anda :

1. Alfalfa Complex
(Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan
pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati,
darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan,
membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman
dan banyak lagi.
2. DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati
iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion
dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu,
membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox
hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
3. Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama
ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem
penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi
meningkatkan sistem imun tubuh
4. Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati
cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue
malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar
rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang
tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.
-------------------------------
Bila waktu terbaik detox?
-------------------------------
Sebenarnya kita boleh melakukan detox
pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual
penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul
simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam,
keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi
mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh
sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut
keperluan.
Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang
melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim
perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi
mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis,
berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit
banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.
Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang!

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..