ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

Alhamdulillah.. di kala malam hari.. Nadia masih diberi kesempatan untuk menaip.. merasai kehidupan dunia yang hanya seketika ini.. Korang, malam ni Nadia sharekan amalan simple yang selalu kita dapat buat sambil melakukan aktiviti seharian yang lain dan tanpa kita sedar sebenarnya amalan2 ini bukan hanya mendekatkan diri kita dengan rezeki yang berkat dari-Nya malah mendekatkan diri kita dengan Allah swt secara tak lansung. Semoga dengan amalan ni, kita semakin mendapat keberkatan hidup dari Allah swt..
1.   Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2.   Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami).

3.   Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim   Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta'ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat)

4.   Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5.   Membaca Surat Al-WAQIA'AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6.   Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)

7.   Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga" (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal 'Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do'a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH....



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Welcome Back Blogging World..

Alhamdulillah.. setelah sekian lama Nadia tinggalkan dunia blogging, hari ni Nadia berkesempatan nak kembali ke dunia blogging.

Bukan sengaja Nadia tinggalkan dunia blogging ni, tapi Nadia sememangnya tak berkesempatan untuk “bersosial di laman Sosial”. Jangan kata blog tak hupdate.. FB, twitter,IG dan wechat memont pun jarang berhupdate. Semua ni bersebab.. Tinggalkan dunia maya seketika untuk dunia yang fana dan nyata. Inilah reality yang Nadia alami sekarang..

Apa-apa pun.. bersyukur sangat, Nadia dapat berbakti pada orang yang Nadia sayang dan berbaloi sangat Nadia tinggalkan dunia maya seketika.. Semua bisnes online Nadia... sentiasa on hokeh.. anytime nak order sebarang produk Shaklee.. amat dialu-alukan.. dan perkongsian entry tentang life dan Shaklee will back... Love u olls...

Welcomee back my fantasy world…

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Adab Menziarahi Orang Sakit


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Firman Allah SWT: Maksudnya:
{Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun}
[Al-Mulk: 1-2].

Tsauban (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w) meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia berada di taman syurga sehingga dia kembali."

Jabir bin Abdillah juga ada mengatakan, "Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia telah menyelam di dalam rahmat, hingga ketika dia duduk, maka dia tenang di dalamnya."

Pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
Jika kita lihat hadis di atas, ia menerangkan keutamaan menziarahi orang sakit dan pahala yang akan diperolehi oleh si penziarah.

KELEBIHAN MENZIARAH ORANG SAKIT
💝Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
💝Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja.
💝Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis di bawah ini:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin." [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam 'Kharfah' sehinggalah dia pulang."

Baginda ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan 'Kharfah' itu?" Rasulullah saw bersabda: "Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)". [HR Muslim]

ADAB ZIARAH
Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah :
a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;

((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
"Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit". [HR Bukhari]

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya'Allah". [HR Bukhari]


DOA DAN AJARILAH ORANG YG NAZAK
Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;"Letak tangan di tempat sakit kemudian baca:

بِسْمِ اللهِ."Bismillah" tiga kali,
dan baca tujuh kali:أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti" [HR: Muslim].
Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;

اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
"Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut".

i- Ajaran kepada orang yang sedang nazak;
La ilaha illallah!"Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah", dia akan dapat masuk syurga". [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].




Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png