Diet Atkins

Berhati-hati Jika Anda Nak Kurus Dengan Diet Atkins. Diet Atkins Bahaya!
Semua orang (lebih-lebih lagi wanita) mesti nak kurus. Kalau bukan sebab bila gemuk tak cantik pun, sekurang-kurangnya nak kurus untuk kekalkan tahap kesihatan. Bila gemuk mulalah naik tangga pun semput, jalan dari parking ke pejabat pun mengah. Waktu rehat, scroll facebook terbaca testimoni kurus dengan diet atkins. Mulalah teruja. Balik kerja terus singgah Giant untuk shopping ayam, telur, keju, mayonis, sosej, daging burger dan banyak lagi makanan protein tanpa kaji pun apa sebenarnya diet Atkins.
Apa Itu Diet Atkins?
Diet Atkins diperkenalkan oleh Dr. Robert C Atkins sejak tahun 1970an lagi. Diet Atkins merupakan corak pemakanan tinggi protein & rendah karbohidrat yang diamalkan oleh golongan yang hendak menurunkan berat badan. Apabila kurang mengambil karbohidrat seperti nasi, roti, kentang dan minuman bergula, badan akan mula membakar lemak untuk dijadikan tenaga. Ini bermakna badan akan mula mengecil.

Ramai yang tidak berjaya menurunkan berat badan dengan diet rendah lemak (low-fat diet) kerana walaupun mengurangkan pengambilan makanan berlemak, mereka cenderung untuk makan roti dan kentang berlebihan. Pengamal diet rendah lemak juga biasanya mengambil banyak minuman jus buah.

Jika berjaya turunkan berat pun, ramai yang tidak dapat menjaga pola pemakanan mereka selamanya. Hal ini akan menyebabkan badan cenderung untuk menambah berat badan semula.
Menurut kajian Dr. Atkins, diet Atkins ni adalah diet yang paling berjaya diamalkan oleh ramai penduduk dunia.

Diet Tinggi Kolesterol!
Bahayanya. Tak boleh ambil karbo, tak boleh ambil buah. Protein semata-mata ke? Habislah kolesterol naik mencanak-canak. Sebenarnya bukanlah tak boleh makan karbo langsun. Boleh, tapi dihadkan hanya 20g karbo sehari semasa proses Induction.

Dalam Diet Atikins, ada 4 Fasa Utama yang diperkenalkan oleh Atkins Nutritional Approach (ANA)
1. FASA 1 – Induction
2. FASA 2 – On-going Weight Loss
3. FASA 3 – Pre-maintenance
4. FASA 4 – Lifetime Maintenance

Jika anda berminat untuk mengamalkan Diet Atkins, anda mesti dapatkan info yang betul dan membaca dulu perihal Diet Atkins ni tau. Jangan ikut-ikut je.

Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Tentang Diet Atkins
Kita perlu ikut step by step dari Fasa 1 hingga Fasa 4. Tak boleh skip atau biasa mereka panggil cheating. Kena buat induction sekurang-kurangnya 2 minggu, dan boleh teruskan sehingga 6 bulan (ada jugak yang induction 2 tahun). Jangan tipu-tipu atau curi-curi makan karbo, hehe nak tipu pun boleh tapi tak de maknanya lah diet kalau macam tu.

ELAKKAN INI SELAMA 2 MINGGU INDUCTION :
Elak makan nasi, mi, bihun, kue toew, laksa, spagetti, fetucini, dan yang seangkatan dengannyaElakkan roti – semua jenis roti tak kiralah roti serat, roti manis, roti putih. Semua roti tak boleh.Elakkan buah-buahan (lepas 2 minggu baru boleh makan, tu pun kena beroada-pada dan pilih buah yang rendah karbo)Elakkan gula – segala jenis gula adalah tak boleh sama sekaliElak minuman bergula – air manis, air gas apatah lagi, jus buah dan segala yang berkaitan dengannyaElakkan MAKANAN PROSES – kicap, sos, sosej, nugget dan sebagainyaElak makan jajan – diet apa2 pun memang tak bagus makan jajan ni.Elak makanan bertepung – kek, pastri, kuih-muih

AMBIL BANYAK INI :
Air masak – 1L air masak untuk setiap 25kgSayur – makan banyak sayuran untuk sumber vitamin dan serat. Lagi hijau lagi bagus macam bayam, sawi, salad, timun dll. Kurangkan makan lobak merah.Ayam & burung-burungan – semua boleh makan. Bakar, goreng, rebus, cuma elakkan masak bersama tepung, sos, kicap dan bahan-bahan proses yang lain. Gunakan rempah semulajadi.Daging – semua yang HALAL, boleh dimakan. Sama macam ayam, masak dengan bahan semulajadi sahaja. NO PROCESS FOOD walaupun kicap ok.Keju & mayonis – periksa label dahulu. Kira kandungan karbo bagi setiap hidangan. Sehari tak boleh lebih 20g karbo.Telur – ini makanan ruji Diet Atkins. Masaklah macam mana pun, selagi tanpa bahan proses, tanpa karbo tambahan.Ambil makanan tambahan atau vitamin untuk mencukupkan nutrisi seharian supaya badan kekal cergas.

Macam mana? Berani Nak Teruskan Niat Ber-Diet Atkins?
Menyelerakan tak?
Pilihan di tangan anda. Paling penting DISIPLIN. Segala makneka jenis diet pun kalau kita tak berdisiplin, ke laut jugak jawapannya. Pastikan anda kaji dan gali ilmu dulu sebelum ikut mana-mana plan diet.
Anda boleh hubungi saya untuk pelan diet sihat dan selamat. Untuk kekal sihat dan lebih cepat membakar lemak, anda boleh pair-kan diet anda dengan Set Kurus Shaklee ni. Paling best, tak akan ada kulit menggeleber bila dah kurus nanti.

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png