Asma'21~AL-QABIDH


Bismillahir-Rahmanir-Rahim

 
MAHA PENYEMPIT HIDUP
 


AL-QABIDH,Yang Kuat CengkamanNya.Allah s.w.t. mengambil nyawa dan memberi rezeki yang sedikit kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Maha Menyempitkan.Allah boleh tidak memberi apa-apa yang disukaiNya.

1->Membuang halangan
Baca Ya Qabidh 100 kali sehari,insya Allah kesukaran dan halangan akan hilang dan anda tidak akan terancam oleh musuh.

2->Haid yang tidak putus
Wanita atau anak gadis yang masih mengalami pendarahan walaupun tempoh haid telah tamat hendaklah membaca Ya Qabidh 151 kali dan menghembus ke dalam gula dan kemudian makan gula itu,insya Allah darah akan berhenti.

3->Perlindungan dari bahaya
Baca Ya Qabidh 100 kali dengan niat untuk  menghalang orang jahat dari mempengapakan anda atau orang lain,insya Allah niat jahatnya akan terhenti.

4->Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
Untuk lebih dekat kepadaNya,bacalah Ya Qabidh 100 kali setiap malam Jumaat,dan dengan limpah kurniaNya doa anda akan diterima.Zikir ini sangat disarankan bagi mukmin yang memohon keampunan dan mahu mencapai kebahagiaan hakiki dalam mendampingi Allah s.w.t.

5->Selamat di dalam kubur
Sentiasalah membaca Ya Qabidh dan anda akan selamat dari siksa kubur.

6->Mengalahkan lawan
Jika anda tidak mahu kalah di tangan lawan,amalkan membaca Ya Qabidh selama 3 hari berturut-turut sebelum dan selepas solat.Bacalah dengan khusyuk dan insya Allah anda akan menang.

7->Terhindar dari kelaparan
Tulis Ya Qabidh di atas 50 cebisan roti atau buah dan kemudian makan.Ulangi selama 40 hari berturut-turut dan insya Allah anda akan terhindar dari kelaparan.


Asma'20~AL-A'LIM

Bismillahirrahmanirrahim
 
 MAHA MENGETAHUI
 

AL-A'LIM,Yang Maha Mengetahui.Dia Mengetahui segala sesuatu yang wujud dan tidak wujud.Tidak ada yang tersembunyi dari ilmuNya.Walaupun kita cuba menyembunyikan sesuatu darinya,tetapi Dia Mengetahui lebih dari kita sendiri.Semua jelas kepadaNya.

1->Ilmu bertambah
Siapa yang membaca Ya A'lim 100 kali setiap hari akan mendapati ilmunya bertambah,insya Allah.

2->Iman bertambah
Jika membaca Ya A'lim 100 kali selepas setiap solat fardhu,anda akan mendapat lebih ilmu tentang perkara ghaib di dunia,manusia dan aspek kehidupan secara am.Keimanan juga akan menjadi bertambah teguh,insya Allah.

3->Cahaya di hati
Serulah Ya A'lim setiap masa,setiap hari dan sebanyak mungkin kerana zikir ini akan memberi cahaya islam ke dalam hati kita,insya Allah.


Asma'19~AL-FATTAH


Bismillahirrahmanirrahim
 
 MAHA PEMBUKA


AL-FATTAH,membuka rahmatNya kepada semua hamba-hambaNya.Membuat kejayaan dan kemenangan mudah dengan rahmatNya.Dia Maha Membuka jalan.

1->Menghindari cinta dunia
Selepas solat Subuh,letakkan tangan di dada dan baca Ya Fattah 71 kali setiap hari.Insya Allah,hati akan dibersihkan dari perkara-perkara jahat.Kecintaan kepada dunia akan berkurangan dan ini menjadikan urusan anda sangat mudah.

2->Supaya terbuka hati
Untuk membuka hati(tidak bersikap terbuka atau menyembunyikan sesuatu yang patut diketahui dan untuk merasa yakin dan tetap iman)bacalah Ya Fattah beberapa kali dari semasa ke semasa.

3->Berjaya di mahkamah atau dalam peperiksaan
Selepas solat Isyak,lakukan solat sunat hajat 2 rakaat dan kemudian baca Ya Fattah 489 kali.Insya Allah anda akan berjaya dalam peperiksaan atau kes mahkamah yang akan anda hadapi.

SET UNTUK MASALAH STRESS, SINUS DAN MIGRAIN



Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 

*Sakit kepala kerana tekanan 
*Sakit kepala kerana sinus 
*Sakit kepala kerana migrain 


*Sakit kepala tekanan
Adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya. 

*Sakit kepala sinus 

Ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat. 

*Sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain.

Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain: Kekurangan zat dan nutrisi Faktor keturunan Kesan dari pengambilan ubat-ubatan Wanita yang mengalami haid atau pra-haid Terlalu banyak mengambil kafein Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. 

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain: 


Ostematrix (Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. 

Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal,
atau pundi kencing...

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003





“Salam Jumaat,Salam Beribadat”

Assalamualaikum..

Alhamduliillah… Jumpa lagi kita Jumaat terakhir dalam bulan April ni. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah dekat 5bulan kita buang masa dalam tahun 2014 ni.
Jom kita renung…

  ü Adakah kita mulakan azam baru 2014 ni…?
  ü Adakah azam kita tercapai..?
      ü  Sejauh mana tahap pecapaian azam baru kita..?
      ü  Adakah kita dah berubah kearah kebaikan..?


Kengkawan..sesungguhnya kita dalam kerugian sekarang. Nadia sendiri pun belum dapat capai azam baru Nadia… Jom kita sama2 “post-mortem” diri kita semua.


“Salam Jumaat,Salam Beribadat”

Asma'18~AR-RAZZAK


Assalammualaikum dan selamat tengahari.Ada yang baru bangun lagi ke???Jangan bangun lambat 'mahal' rezeki nanti.Alhamdulillah nama Allah yang seterusnya untuk diamalkan bersama ialah;

Bismillahirrahmanirrahim
 
MAHA MEMBERI REZEKI


AR-RAZZAK,Memberi makanan dan kekayaan.Memberi makanan dan juga sumber makanan bagi makhlukNya.


1->Berlindung dari kemiskinan
Siapa yang membaca Ya Razzaq akan mendapat rezeki dan kekayaan tanpa disangka.Selepas menunaikan solat Subuh berdirilah di sebelah kanan rumah menghadap kiblat dan baca Ya Razzaq 10 kali lalu menghembus ke dalam rumah.

Kemudian bergerak ke hadapan rumah menghadap kiblat dan baca lagi Ya Razzaq 10 kali kemudian menghembus ke dalam rumah.Ulangi perbuatan yang sama di bahagian belakang rumah dengan disudahi bahagian kiri rumah.Insya Allah rezeki akan datang mencurah-curah.Anda juga akan terhindar dari penyakit dan kemiskinan tidak akan menimpa keluarga anda.


2->Memudahkan kefahaman
Baca Ya Razzaq 20 kali setiap hari di waktu pagi sebelum sarapan selama 20 hari,insya Allah kefahaman yang mendalam tentang perkara yang diinginkan akan didapati.

3->Beroleh kejayaan
Baca Ya Razzaq selalu di tempat kerja,insya Allah anda akan berjaya menempuh apa2 kesusahan.Baca17 kali dan keinginan anda akan dimakbulkan,insya Allah.

4->Memajukan perniagaan
Baca Ya Razzaq 308 kali di empat penjuru kedai atau pejabat di mana perniagaan lembap,dengan muka menghadap kiblat.Insya Allah perniagaan akan bertambah maju dan rezeki akan lebih murah.Lakukan ini sebaik sahaja selesai solat Subuh.

5->Meredakan kemarahan pemerintah
Jika anda mempunyai hajat dengan pemerintah atau kerajaan di tempat anda,baca Ya Razzaq 308 kali sebelum bertemu dengannya,insya Allah anda akan mendapat keputusan yang memuaskan.Jika ia sedang marah kepada anda,ia akan menjadi tenang dan kemarahan itu akan hilang,insya Allah.




 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png