Assalamualaikum
Dan Salam Sayang,
Petang ni
jari Nadia rajin extravaganza tau. Nadia buat entry ni untuk korang yang tegar
makan “ponstan” bila korang tak tertahan menanggung apa jua kesakitan. Tak kira
la sakit kepala ke, senggugut ke, sakit gigi dan sebagainya. Siapa yang rajin
makan..? sila angkat tangan.. (hehehe.. sebenarnya Nadia tak nampak pun korang
angkat tangan).
Okeh la,
malas nak merapu dah.. kita terus focus tajuk entry kita petang ni. Korang tau
tak, yang sebenarnya ponstan ni tak baik untuk kesihatan kita walaupun ia
sebenarnya melegakan kesakitan yang kita alami. Jom, kita kenal ponstan dulu.
Sumber : Google Image |
Ponstan
mempunyai bahan aktif yang bernama “mefenamic acid”. Ia yang berada dalam kumpulan Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) Ponstan yang terkenal dan
dipasarkan di pasaran mempunyai dua jenis. Ponstan 250mg yang biasanya dalam
bentuk kapsul berwarna biru kehijauan muda dan kuning keputihan sementara
Ponstan 500mg berwarna kuning dan berbentuk lonjong.
Ponstan
boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut
dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation),
pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada
perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi
risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau
memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit
warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil
aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya
diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah
ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai
sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
KESAN PADA KULIT
PONSTAN
juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis,
toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda
awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus
terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk,
dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN PADA GINJAL
Ponstan
juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan.
Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial
nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis,
papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie
Renal function test) harus diperiksa secara berkala. Kepada
pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit
fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak
boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.
KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN
harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan
penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan
SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari
bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.
KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN
500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak
dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan
kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan
kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.
KESAN-KESAN LAIN
PONSTAN
juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg
mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya
mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg
mengamalkan IUCD.
KESAN PADA WANITA MENGANDUNG
NSAIDs
mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak
dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat
risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di
kemudian hari.
NSAIDs
menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan,
menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah
di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal,
menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak
diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.
PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
Sedikit
kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh
tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang
menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.
PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya
tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.
KESAN PADA PERUT
**bermula dengan rasa perut kurang
selesa, kembung dan keluar angin
**perut menjadi luka (gastritis)
**perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
**perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
**perut berlubang (gastro perforation)
Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu
iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.
Ni antara yang kita tau kesannya.. yang kita tak tau dan tersembunyi pasti lagi banyakkan.. Bayangkan sudah berapa lama kita ambil ponstan dan apa yang telah berlaku pada organ dalaman kita..? kita tak tau dan tak nampakkan..? Adakah kita nak biarkan dan terus amalkan pengambilan ponstan..? Korang rasa macam mana..? Perlu teruskan atau cari suplimen yang dapat bantu mengantikan ponstan.. Jawapannya ada pada diri sendiri..
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment