satu tangga lagi....!!! menuju kejayaan..

Assalamualaikum & Salam Sabtuday

Alhamdulillah.. kelegaan teramat sangat hari ni bila "pre-test" dah lepas..  So, tinggal satu step lagi untuk berjaya..

Korang jangan ingat.. kejayaan ni hanya landai je.. nak berjaya dalam apa jua yang kita buat.. kena la ikut "step by step".. kejayaan bertangga tau.. kalau dah naik satu anak tangga itu pun dah tergolong kearah kejayaan cuma belum sampai kepuncak je lagi..

Setiap kehidupan kita ni adalah kejayaan. inilah realiti.. percaya tak...? cuba korang cerminkan diri sendiri, lihat apa yang kita ada sekarang ni adalah apa yang kita hasilkan satu ketika dahulu.. betul ke tak, meh kita tengok.

��Siapa lahir kedunia boleh terus berlari...??
��Siapa lahir terus boleh memandu kereta..??
��Siapa lahir terus pandai makan tak perlu mak ayah suap..?

Kalau antara kita yang terus boleh buat semua tu, mungkin keistimewaan terhebat yang dia adakan..? Nadia salah sorang yang melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk berjaya buat semua. Walaupun Nadia bukan jutawan, tapi Nadia tau Nadia dah berjaya untuk berdikari dan belajar sikit-sikit untuk berjalan, berlari dan memandu.. Semua tu Nadia belajar..

So, siapa-siapa yang join bisnes. tak kira apa jua bisnes kita ceburi,korang kena ingat tanpa berusaha kita takkan berjaya. berjaya dalam bisnes bererti kita akan harungi pelbagai langkah untuk berjaya. Pesanan ni, bukan untuk pembaca belog Nadia je tapi untuk Nadia jugak dan bisnes Shaklee Nadia yang hanya secara sampingan. Allah punya berjuta-juta keajaiban untuk umat-Nya, satu hari nanti Allah berikan Shaklee adalah punca utama pendapatan Nadia.

Jangan pernah kenal erti putus asa ye kengkawan. Semoga kita semua akan berjaya dan mendapat keredhaan Allah. Teruskan melangkah walaupun setiap langkah yang kita lalui pahit,sukar. Satu hari nanti pasti kesenangan milik kita.

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png