Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa
dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada
likungan umur subur,38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di luar kawasan
luar Bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (Sumber : WHO Global
Database on Anemia, Malaysia 2007)
Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)
- Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus atau fibroid rahim.
- Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga menganggu penyerapan zat besi.
- Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
- Jarak kehamilan terlalu rapat iaitu kurang dari 2 tahun
- Kemalangan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.
- Kerosakan sel darah merah.
- Kekurangan zat besi (iron), Vitamin B-12, dan asid folik.
- Penyerapan vitamin yang tidak berkesan.
Anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kurang darah merah atau
anemia jika terdiri daripada golongan berikut :
- Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
- Wanita yang mengandung atau menyusukan anak
- Bayi,kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
- Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
- Individu yang mempunyai radang perut atau pesakit kanser kolon.
- Ibu yang melahirkan anak
- Pesakit yang baru menjalani pembedahan
Pesakit yang kurang darah atau anemia kekurangan zat besi perlu dirawat
dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar
serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya :
- Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
- Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau kelahiran bayi kurang berat
- Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak.
Gejala Penyakit Kurang Darah / Anemia
- Pucat
- Rasa letih lesu dan tidak bermaya
- Sentisa rasa pening
- Rasa nak pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
- Kebas/sejuk kaki dan tangan
- Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
- Degupan jantung laju
- Kuku mudah rapuh
Kita juga boleh mengetahui samada kita kekurangan darah merah melalui
pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari
hujung jari dan Kadar haemoglobin dalam darah boleh diketahui. Berikut bacaan tahap
Kadar haemoglobin dalam darah :
- Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
- Sederhana ke normal ~ 9.5-11
- Sederhana ~ 8-9.5
- Merbahaya ~ 6.5-8
- Membawa maut ~ kurang dari 6.5
Masalah kurang darah boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan sihat
yang mengandungi lebih zat besi, vitamin b-12 dan asid folik. Adalah lebih baik
menjadikan pengambilan supplemen sebagai tambahan kepada usaha mengatasi
masalah anemia ini. Maklumlah, kadangkala ramai yang bosan asyik kena makan
sayur bayam, makan telur, makan ayam, makan daging hari-hari kan.
Antara
suplimen yang dicadangkan untuk Penyakit Kurang Darah ialah Set Vitamin tambah darah Shaklee. Shaklee antara suplimen terbaik untuk mengatasi penyakit kurang darah. Ini kerana suplimen Shaklee terbukti 100% semulajadi.
Fungsi setiap vitamin tambah darah Shaklee :
Multivitamin - Vitalea
Pengambilan multivitamin vitalea dicadangkan kerana ia dilengkapi dengan
Iron. Iron dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Ini kerana iron
yang mampu bertindak sebagai agen untuk
mengangkut dan membekalkan oksigen dalam pembentukan sel darah merah. Tanpa IRON
oksigen tidak dapat diangkut dan dibekalkan untuk proses pembentukan darah
merah.
B-Complex
Tambah dos B-12 dan asid folic dalam nutrisi melalui pengambilan
B-Complex. Dos B-12 dan asid folic merupakan vitamin terpenting dalam
memastikan pembentukan,pertumbuhan dan perkembangan sel darah merah yang sihat
dan sempurna.
Vitamin C
Vitamin C diambil untuk membantu penyerapan zat besi, asid folic dan
B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya akan mensiakan pengambilan vitamin
tambah darah yang lain. Lengkapkan kesemua vitamin untuk memastikan penyembuhan
menyeluruh.
Cepat rawat penyakit kurang darah anda sebelum makin parah.
"Mencegah lebih baik dari mengubati" ^_^
Salam Sayang,
Nadia. ^_^
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment